Events By: Salma Syahbuddin March 13, 2018 @ 1:23pm

Mentor Otai Kembali Menyengat!

Program realiti yang mencungkil bakat nyanyian masyarakat Malaysia kini tampil dengan konsep yang lebih baharu. Dengan menampilkan mentor yang sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air, Mentor Otai pastinya antara program yang bakal menyengat hujung minggu anda.

Tampil dengan nama-nama besar seperti Misha Omar, Tam Spider, Siti Sarah, dan Zarul (Umbrella), Mentor Otai kali ini dilihat sangat berbeza kerana, mengetengahkan barisan mentor yang mempunyai zaman kegemilangan masing-masing. Setelah menguji bakat lebih 1K peserta akhirnya, setiap mentor telahpun menemui protege-protege mereka. 

Antara barisan mentor 2018

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama, Integrasi Digital dan Perolehan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Puan Zurina Othman berkata beliau sendiri berasa teruja kerana program ini sudah sampai ke waktu siarannya.

“Selesai uji bakat Mentor Otai bulan lalu, Program ini semakin hampir ke waktu bersiarannya. Kami berasa teruja dengan konsep baharu Mentor. Ini kerana, ia mengambil peserta-peserta yang lebih berumur berbanding edisi-edisi Mentor yang terdahulu. Kami berharap agar para penonton dapat memberi peluang kepada protege Mentor Otai ini untuk menunjukkan bakat mereka dan menggapai impian mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana barian mentor kami adalah daripada mereka yang sudah berpengalaman dalam industri muzik tanah air.” Jelasnya

Antara barisan protege yang bakal berentap di pentas Mentor Otai pada 18 Mac 2018

Dihoskan oleh Haziq Hussni dan Elly Mazlein, kesemua protege yang terpilih akan membuat persembahan pada setiap minggu dan akan diadili oleh juri tetap yang akan memberikan markah sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan markah, manakala 20 peratus markah daripada juri awam, dan 30 peratus undi adalah berdasarkan undian atas talian melalui portal www.xtra.com.my/mentorotai yang akan mula dibuka pada 25 Mac ini.

Agaknya, siapakah yang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 ini? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Mentor Otai pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 18 Mac 2018 ini, atau boleh menyaksikan siaran secara langsung menerusi tonton.com.my!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 9 Apr 2018

Wanita Tidak Lagi Minat Kasut Tinggi Punca Nine West Gulung Tikar?

Berdasarkan laporan Washington Post, syarikat ini gagal mendapatkan keuntungan apabila trend terhadap kasut tinggi dilihat menjunam. Wanita lebih suka kasut sukan sekarang, ya lah…senang nak ke sana sini!

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

获微博颁发「潜力音乐红人」蔡恩雨成唯一大马代表

马来西亚唯一代表Priscilla Abby蔡恩雨获邀出席微博于香港举办的「微博星耀盛典」,亦藉由2018年在乐坛以及网络的优异表现获颁「潜力音乐红人」,为她的音乐发展打了一剂强心针!

Featured Thu, 30 Nov 2023
Featured Mon, 10 Apr 2023

Nafi Bersekedudukan Dengan Shila Amzah, Ubai Lali Kerap Ditanya Soalan Sama

Tak baik kata macam tu… bulan puasa kot ni😤