Hiburan By: SGMS Faida November 19, 2018 @ 12:37pm

#Mentor7: ‘Taufiq Patut Diberi Peluang Lagi’ -Siti Nordiana

Protege Siti Nordiana, Taufiq Rodzi terpaksa meninggalkan pentas program Mentor 7, malam tadi.

Pengumuman penyingkiran yang dibuat oleh pengacara Shuk Sahar dan Nana Mahazan ternyata mengejutkan kesemua penonton yang berada di dalam studio Sri Pentas 2 termasuklah mentor, Siti Nordiana.

“ Saya rasa Taufiq perlu diberi peluang lagi. Rasanya masih terlalu awal untuk ada penyingkiran. Jujur saya kata, saya sedih dan terkilan tetapi bila difikir kembali, ramai sahaja bintang program realiti yang menyinar biarpun tersingkir di awal program. Malah ada di antara mereka yang jauh lebih hebat dari juara.

“ Tak apa, saya reda dengan keputusan pihak juri,” katanya kepada xtra.com.

Dalam pada itu, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana berharap anak didiknya itu tidak putus harapan terlalu awal.

“ Saya akan bantu semampu yang boleh untuk dia membina nama dalam industri nyanyian. Dia juga masih ‘hijau’ dan belum miliki apa-apa pengalaman sebelum ini.

“ Insya Allah, saya akan bimbing dia untuk membina nama. Taufiq seorang anak didik yang baik dan mendengar kata. Saya pasti ramai yang menyenangi dirinya. Ditambah dengan pakej bakat dan rupa yang dia miliki, saya yakin langkahnya bukan setakat di sini sahaja,” ujar Nana.

Kini, Nana perlu bekerja keras bersama protege tunggalnya, Zaaim untuk terus bersaing di minggu hadapan bersama enam lagi protege yang masih kekal iaitu Lazarul, Ranisha, Megat, Pasya, Azmirul serta Amal.

Permarkahan adaah berdasarkan penilaian juri tetap sebanyak 50 peratus, undian menerusi laman web www.xtra.com.my (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Jul 2020
Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Ziana Zain Akhirnya Kecapi Bahagia Sekali Lagi?

Penyanyi Ziana Zain dilihat masih menjaga aib seorang suami, kerana sehingga kini Ziana nampaknya masih tidak mahu menjelaskan apakah sebenarnya punca disebalik masalah yang timbul dalam rumahtangga beliau yang sudah berusia 19 tahun itu

Featured Mon, 6 Mar 2023
Events Thu, 25 Jul 2019

蔡恩雨自爆演唱会计划!想跟王力宏合作

蔡恩雨出席Vivo S1新手机大马推介自爆演唱会计划!坦言音乐作品希望有跟王力宏合作的机会~

Events Thu, 28 Mar 2019

Tiga Tahun Makin Wow Di CJ WOW SHOP!

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan mata ganjaran yang semestinya WOW! hanya di CJ WOW SHOP!