Featured By: Arfah January 13, 2022 @ 4:37pm

“Mereka Tak Mahu Hadapi Kesusahan” – Jackie Chan Sifatkan Pelakon Muda Enggan Bersungguh Dalam Kerjaya

Pelakon popular antarabangsa, Jackie Chan, 67, baru-baru ini tampil dalam sebuah program bual bicara memperingati Golden Rooster Awards di mana dia meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah pelakon muda.

Pelakon filem aksi itu berkata, pelakon muda tidak mahu bekerja keras untuk memajukan kerjaya mereka.

Dalam program itu, dia turut bercakap tentang cabaran dan halangan yang dihadapinya pada awal dia menjejakkan kaki di dalam industri lakonan.

Jackie yang terkenal dengan aksi lasak tanpa menggunakan pelakon ‘stunt’ berkata, pelakon muda perlu bekerja keras dan berdedikasi jika mahu berjaya.

Dia juga membandingkan sejarah kerjayanya dengan sikap pelakon muda hari ini di mana dia berasa amat kecewa dengan kenyataan-kenyatan dari media tentang etika pelakon muda.

“Mereka mesti mempunyai adegan aksi dan ia harus kelihatan cantik tapi mereka tidak mahu lakukan perkara sebegitu,” kata Jackie yang memetik aduan dari sumbernya yang mengatakan pelakon muda tidak boleh melakukan aksi lasak.

Tanpa mendedahkan nama, Jackie menyifatkan pelakon muda tidak professional dan komited dalam bekerja.

“Saya tidak mahu sebut nama tapi kebelakangan ini pelakon kita tak boleh berpeluh, tak boleh lakukan aksi-aksi dan tak boleh lakukan aksi merbahaya,” kata Jackie.

Dia juga menasihatkan pelakon muda untuk menghormati dan beretika kepada ahli penggambaran.

Sumber: Nextshark & Newsbeezer

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Trending Tue, 17 Nov 2020

KWSP: Tidak Perlu Bayar Balik Pendahuluan i-Sinar

Baca sampai habis penjelasan KWSP

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat…

Tak apa Kak Intan, kami doakan anda temui kebahagiaan hakiki…Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat sana nanti. Insha Allah. Kuat untuk anak-anak ya kak!

Trending Thu, 10 Dec 2020
Featured Mon, 12 Jun 2023
Program TV Sat, 18 Apr 2020

“Biar Tahu, Jangan Keliru” Merungkai Persoalan Berkaitan Agama Hanya Dalam Tanyalah Ustaz

InshaaAllah, segala persoalan berkaitan agama akan terjawab dalam Tanyalah Ustaz

Hiburan Wed, 8 Jan 2020