Categories: HiburanTrending

Meriah Betul Watak Drama Bersiri Lelaki Itu Versi AI Sambut Hari Raya!

Pastinya semua orang sedang sibuk dengan persiapan Syawal yang bakal disambut esok! Dalam pada itu, kaki drama juga sedang ‘demam’ melayan naskhah bersiri yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini, hasil karya hebat Eirma Fatima berjudul Lelaki Itu!

Drama bersiri ini penuh dengan plot yang mendebarkan dan watak-watak yang berat, dimainkan oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf dan ramai lagi tau! Fuhhh semua pelakon best-best ni!

Tapi lain pulak jadinya bila watak-watak mereka dalam Lelaki Itu dijelmakan dalam versi AI! Wah, kelam kabut semua watak versi AI ni buat persiapan raya! Ye lah, Raya kan esok, mestilah kalut!

Tengok tuuuu kemain bila watak-watak Lelaki Itu versi AI kelam kabut buat persiapan raya, gais! Haderrr

“Kerlassss Mirza pun pergi jalan TAR shopping raya tau, gais!”

“Qaida kacau dodol pun tetap lah letoppp, uolsss! Haderrr”

“Kemain happy bethol Sya depan makanan open house tu ek!”

“Tak main la beli ayam kat supermarket. Sarina kejor tangkap ayam sendiri tau nak masak rendang, gais! Mampuuuu”

“Herloknya Khai ni, pandai buat kuih raya pulak tu. Very menantu pilihan!”

“Hmmm pasang langsir raya pun cantek bethol ya Imani ni!”

⁠Layan feeling menonton drama bersiri kegemaran 24/7 di telefon pintar atau di Smart TV! Strim drama bersiri Lelaki Itu hanya di Tonton, dengan klik link di SINI!

Diarahkan oleh Eirma Fatima, Along Kamaludin dan Ain Sharif, Lelaki Itu bersiaran di slot Samarinda, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di TV3!

Padin