Categories: HiburanSelebriti

Meriahnya Majlis Aqiqah Anak Nubhan!

Penyanyi Nubhan Ahamad meraikan majlis Aqiqah dan berendoi anak keduanya, Ahmad Aaffan baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung di Negeri Sembilan pada Rabu lalu (6 Februari) turut dihadiri ahli keluarga serta anggota kelab peminatnya, Nubhan Squad.

Penyanyi yang baru muncul dengan single Selamat Jalan Cinta ini dilihat tampan memakai pakaian sedondon dengan isteri tercinta, Dr Afifah Tawfek.

 

Nubhan dan isteri menerima kehadiran cahaya mata kedua pada 19 Januari lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 29 Ogos 2015 dalam sebuah majlis sederhana di kediaman isterinya di Seremban dan memiliki seorang anak perempuan bernama Aafiya.

 

SGMS Faida