Hiburan By: Del14 December 29, 2019 @ 2:00pm

Meriahnya Persandingan Ala Bollywood Farah Nabilah Dan Amirul!

Persis bintang filem Bollywood, mata tertumpu kepada pelakon jelita, Farah Nabilah dan suami tercinta, Mohammed Amirul Yunus yang kelihatan anggun dan tampan dalam sepersalinan pakaian ala Bollywood pada malam persandingan belah pengantin lelaki yang diadakan di hotel Dorsett Grand, Subang semalam.

Majlis persandingan yang bertemakan Bollywood  itu mendapat sentuhan profesional dari duo suami isteri, Faiz dan Mumtaz dari Reka Teemor, solekan pengantin perempuan oleh Alha Alfa dan busana mempelai rekaan duo pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. 

Majlis persandingan gilang gemilang itu dimulakan dengan bacaan selawat, seterusnya persembahan dari Nadia & Band dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai terdekat pasangan kedua mempelai sahaja. 

Apa yang lebih menarik lagi, para tetamu yang hadir turut disajikan dengan persembahan tarian Bollywood oleh ahli keluarga pihak lelaki di majlis yang serba meriah dan penuh warna warni itu. 

Terdahulu, pasangan ini telah diijabkabulkan pada 20 Disember lalu, di hotel Royale Chulan Damansara dan majlis resepsi belah pengantin perempuan akan diadakan pada 5 Januari nanti di hotel Four Seasons, Kuala Lumpur. 

Untuk gambar-gambar menarik sepanjang majlis perkahwinan Farah dan Amirul, sila layari portal Mahligai Cinta di www.mahligaicinta.my

Kredit Foto: Instagram @farahnabilahofficial & @mahligaicintatv3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Happikiddo Anjur ‘Baby Shower’ Untuk Hanis Zalikha

Majlis istimewa ini telah dianjurkan oleh HappiKiddo yang mana Hanis telah dilantik menjadi duta rasmi mereka.

Featured Tue, 7 Jun 2022

Kes Jenaka R*g*l Dalam Kelas, 75 Ahli Parlimen Desak Peguam Negara Tarik Balik Pembelaan, Mohon Institusi Pendidikan Lebih Tegas

Susulan kes jenaka rogol yang tular sejak tahun lalu membabitkan seorang guru, hari ini seramai 75 orang ahli parlimen pembangkang mendesak agar Peguam Negara menarik balik pembelaan terhadap guru tersebut bersama bekas pengetua sekolah terbabit […]

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Mungkin Belum Ada Rezeki Lagi – Marsha

Tidak pernah tertekan dan masih menanti dengan sabar kerna belum ada rejeki lagi

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Syafie Naswip- Aishah Azman Putus Tunang

Bukan sebab orang ketiga ya!

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

‘Good Luck, Elfira’- Sufian Suhaimi

Tiada apa yang ingin saya katakan sebab kami sudah lama meneruskan kehidupan masing-masing.

Featured Wed, 1 Feb 2023

Tersipu Malu! Meerqeen Dedah Selebriti Yang Diminati Hun Haqeem

Alolo Hun memalu pulak! Siapa crush dia tu ek?

Hiburan Mon, 27 Nov 2023