Hiburan By: Padin March 28, 2023 @ 1:25pm

Meski Rancak Berbisnes, Nynaa Harizal Takkan Tinggalkan Dunia Lakonan

Pelakon Nynaa Harizal tak akan meninggalkan dunia lakonan yang sudah menjadi minatnya.

Hanya berehat sebentar, Nynaa tidak mengambil sebarang tawaran buat masa ini kerana membahagikan masa sebagai isteri dan ibu serta sibuk menguruskan perniagaan.

“Berlakon memang dah jadi minat saya, jadi saya tak akan berhenti berlakon. Buat masa ini, saya sedang menyesuaikan diri berada dalam fasa baharu bergelar seorang ibu.

“Apabila saya menerima kehadiran Zara Arianaa, dunia saya berubah dan saya sangat gembira. Anak masih kecil dan pastinya dia perlu diberikan lebih tumpuan.

“Selain itu, saya juga mahu memberi tumpuan kepada perniagaan yang baru saya jalankan. Insya-Allah, jika segalanya sudah boleh saya uruskan dan bahagikan masa, pastinya saya akan kembali melangkah ke set panggambaran.

“Suami saya, Mohamed Fahmi Ilyas pun tak ada masalah kerana dia faham minat saya. Jika dia tidak benarkan saya berlakon, saya akan pujuk supaya dia bagi lampu hijau,” selorohnya.

Nynaa ditemui ketika majlis pelancaran produk Her Beauty di Deepblue, The Face Suites, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas mengenai bisnes yang diusahakan, Nynaa mahu meneroka peluang ini kerana bidang kecantikan dan kosmetik dekat dengan hatinya.

“Saya dan team rasa teruja keluar dengan produk ini kerana ia dekat di hati saya. Biarpun masih baru, saya komited menjalankan kajian (R&D) untuk tampil dengan produk yang bagus.

“Kami memperkenalkan produk rawatan bibir intensif pertamanya, Fire & Ice Lip Booster Serum yang boleh memberikan kesan mungil serta anjal.

“Dicipta dengan teknologi baharu, Lip Booster ini juga bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada mereka yang menggunakannya,” katanya.

Untuk info, layari laman web rasmi di www.herbeauty.com.my atau platform media sosial Instagram @myherbeauty atau Tiktok @myherbeauty ataupun melalui ejen dan stokis berdaftar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 13 Sep 2021
Trending Tue, 20 Apr 2021
Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Nabila Huda Bengang Disindir Ibu Tiri?

Nabila turut mendakwa wanita tersebut adalah punca dia berjauhan dengan bapanya selama ini.

Featured Fri, 10 Dec 2021

Mengaibkan Dengan Niat, Polis Buru 4 Individu Persenda OKU

Dah buat kenalah bertanggungjawab ye dak?

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

‘Percayakan Cinta’ Taruhan Ke 17 Ajai

Kadang-kadang, walaupun kita tahu orang itu sudah tiada, tetapi naluri adakala melawan minda. Kelainan dalam Kalla adalah kekuatan setiap individu untuk mempercayai naluri. 

Hiburan Sun, 14 Jan 2018

“Tidak Pernah Kasari Saya Langsung”

, suami saya tidak pernah walau sekali pun mengasari saya,” tulis Diana Danielle.

Trending Sat, 12 Jun 2021

Rapper Malaysia, Indonesia & Singapura Bergabung Dalam ‘Orang Lain’

Penyanyi rap Indonesia, A. Nayaka muncul berkolaborasi dengan rapper Malaysia, SonaOne dan rapper Singapura, YHB Sleepsalot dalam single baru yang berjudul Orang Lain. Bercerita mengenai kerjasama tiga negara itu, Nayaka mendedahkan yang kisah sebalik penyatuan […]

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Zalfa Zin Memilih Watak?

Mungkin juga kerana wajah nampak seperti sombong…

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

陈美娥开拍电影《幸福密码》港星林文龙加盟

「阿姐」陈美娥开拍公益电影《幸福密码》,力邀「型男」林文龙加盟齐献爱心。

error: Content is protected !!