Mesra Tonton Konsert Coldplay Hingga Didakwa Bercinta Dengan Aedy Ashraf, Ini Respons Daiyan Trisha – “Tiket Tu Sebenarnya…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha sebelum ini digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama aktor Aedy Ashraf selepas tular aksi mesra mereka semasa menonton konsert Coldplay bersama di London.

Artikel Berkaitan: “Beria Lamar Amelia Henderson, Tapi Yang Dapat Tiket…” – Pamer Aksi Mesra Bersama Daiyan Trisha Di Konsert Coldplay, Ramai Tegur Aedy Ashraf!

Artikel Berkaitan: “Kata Tunggu 2 Tahun, Tapi Kenapa Mainkan Perasaan…” – Peminat Kecewa Bila Aedy Ashraf Padam Semua Gambar Amelia Henderson

Tampil menjelaskan dakwaan orang ramai, pelantun lagu Penat itu tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya bersama Aedy.

Malah, dia memilih untuk menyimpan status sebenar daripada mendedahkan kepada umum.

“No comment,” katanya sambil tertawa setelah disoal mengenai dakwaan bercinta dengan aktor Kisah Cinta Kita itu.

Mengulas lebih lanjut, Daiyan berkata tiket konsert tersebut ternyata adalah hadiah pemerian Aedy sempena hari jadinya tahun lalu.

Tambahnya, Aedy dan Daiyan telah membeli konsert tersebut sejak tahun lepas dan bersetuju untuk menonton konsert selebriti terkenal antarabangsa bersama-sama bertempat di Stadium Wembley.

“Saya baru pulang dari melancong ke New York dan London. Ketika berada di London, saya berpeluang menonton konsert daripada kumpulan kegemaran saya, Coldplay.

Memang satu pengalaman yang sangat tidak dilupakan.

“Tambahan pula, tiket untuk konsert itu diberikan oleh Aedy sebagai hadiah hari jadi saya sejak tahun lepas lagi. Jadi, saya dan Aedy ambil keputusan untuk pergi berdua menonton konsert berkenaan,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

Aqilah Paharuzi