Kalau sebelum ini Che Ta pernah memaklumkan bahawa beliau mempunyai photographer nya tersendiri setiap kali pergi bercuti, kali ini Che Ta mengakui beliau turut mempunyai seorang tukang masak peribadi tiap kali beliau. Wah, bukan semua artis kalau pergi bercuti bawak chef sendiri tau!

Sumber : Instagram @rozitachewan
Mengakui mempunyai selera orang Melayu, tujuan Che Ta membawa tukang masak peribadi ke luar negara adalah kerana mahu menikmati masakan Melayu yang dijamin tahap halal nya ketika berada di luar negara.
” Saya tekak Melayu. Jadi memang kena makan nasi setiap hari. Apabila bawa chef ia memudahkan kerja saya dan keluarga menikmati makanan yang diinginkan. Selalunya diluar negara nak cari nasi susah apatah lagi makanan Melayu.”
“Apabila bawa chef tak bermakna saya bawa sekali bahan untuk memasak. Sebaliknya chef saya akan ke pasaraya membeli sendiri barang keperluan memasak. Dan, setakat ini hidangan disediakan menepati cita rasa saya dan keluarga. Lagipun, dia senang bekerjasama. Dalam masa sama dia sudah arif dengan cita rasa dan makanan kegemaran saya.” Katanya
Bagi Che Ta, tujuannya memberitahu tentang chef peribadinya ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi bagi beliau ianya membuka pintu rezeki buat orang lain. Dan, kerana itulah beliau telahpun menggunakan perkhidmatan tukang masak peribadi ini selama 4 tahun.