Featured By: Fatin Nurain August 15, 2022 @ 10:43am

Michelle Yeoh Terima Ijazah Kehormat Dari Institut Filem Amerika!

Pelakon kebanggaan negara Tan Sri Michelle Yeoh, dinobatkan sebagai artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), semalam.

Memetik laporan The Hollywood Reporter, pengiktirafan tersebut diberikan kepada Michelle atas sumbangan besarnya dalam industri perfileman selama 40 tahun.

Menurut agensi, anugerah tersebut sekaligus membuatkan pengarah filem Daniel Scheiner memuji keberanian aktres kelahiran Malaysia itu menerusi filem Everything Everywhere All at Once.

“Saya fikir kami memandang rendah betapa berisiko skrip filem ini untuk dirinya.

“Ketika berada di set penggambaran, kami melihat Michelle ‘daring’ kerana berani meletakkan jarinya ke mulut pelakon gandingan, Jamie Lee Curtis yang bukan calang-calang bintang.

“Jika anda belum menonton filem ini, semua itu terjadi dalam karya berkenaan. Kami sesama sendiri melihat ia sebagai suatu lakonan yang berani,” katanya.

Selain filem Everything Everywhere All at Once, Michelle juga sudah berlakon lebih 70 filem seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies dan Crazy Rich Asians.

Sumber: Berita Harian & AGENSI

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 May 2021

Semakan Dan Penebusan RM 150 E-Wallet Bermula 1 Jun 2021

Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Kerajaan memperuntukkan bantuan  sebanyak […]

Featured Fri, 17 Apr 2020

Keselamatan dan kesihatan murid lebih utama, Peperiksaan UPKK turut dibatalkan

Satu kaedah pentaksiran baharu akan diperkenalkan

Trending Tue, 9 Jan 2024
Events Fri, 27 Jan 2023

Hadiah Buat Peminat, Konsert Ulang Tahun Ke 25 Saujana Bakal Berlangsung Di Zepp Kuala Lumpur

Kumpulan nasyid Saujana yang pernah terkenal dengan lagu-lagu ketuhanan atau religi pada penghujung era 90-an bakal melangsungkan konsert sulung sebagai hadiah buat peminat. Konsert ini bertujuan bagi meraikan ulang tahun ke-25 penglibatan Saujana di dalam […]