Miera Leyana Nafi Jadi Punca Perceraian Suami & Madu – “Saya Tak Nak Masuk Campur, Itu Pilihan Mereka”

Pelakon Miera Leyana menepis dakwaan kononnya menjadi punca keretakan rumah tangga suami dan madunya.

Menurut Miera, walaupun memiliki jarak usia 20 tahun bersama suami yang juga merupakan Naib Presiden Kanan sebuah syarikat gergasi di Malaysia namun, itu bukanlah sebab utama orang ramai perlu menuduhnya.

“Sejujurnya, saya tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga suami bersama madu.

“Tetapi, saya tahu ramai sudah mendengar berita kemelut rumah tangga mereka.

“Tiada apa yang boleh saya komen dan kongsi, ia tiada kena mengena saya,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Miera yang juga pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) pada Anugerah Skrin 2013 itu sejujurnya tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga suaminya, tambahan pula kedua-duanya sudah cukup matang dalam menangani isu peribadi.

“Bagi saya, itu urusan suami dan isterinya, biarlah mereka selesai dengan baik demi kebaikan bersama. Apa yang penting, saya fokus membesarkan anak, Rachel Aisyah yang baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 16 Mei lalu.

“Rasanya tidak adil pasangan poligami bercerai, tetapi mahu menuding jari kepada madu. Apa yang saya tahu, rumah tangga mereka memang bermasalah, tetapi ia tiada kena dengan saya.

“Apapun, keputusan suami dan madu, saya takkan sesekali masuk campur. Itu juga pilihan mereka disebabkan tiada jalan keluar dalam menyelesaikan kemelut yang berpanjangan,” jelasnya.

Tegasnya lagi, dia tidak kisah dengan persepsi orang ramai mengenai dirinya namun apa yang penting adalah tanggungjawabnya terhadap keluarga, suami dan juga anaknya, Rachel Aisyah yang kini berusia setahun.

“Saya tak pernah fikir orang lain, apatah lagi, nak ambil tahu hal orang, termasuk kehidupan suami dan madu.

“Selepas berkahwin, saya bunting pelamin dan kini, sibuk membesarkan anak.

“Saya sentiasa sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, jadi tiada masa memikirkan kehidupan orang lain,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Setahun, Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah & Nama Puteri

ARTIKEL BERKAITAN:Selamat Bersalin 16 Mei Lalu, Miera Leyana Belum Bersedia Kongsi Wajah Anak

Salma Syahbuddin