Featured By: Halimey Zamal December 30, 2022 @ 5:41pm

Mimpi Jadi Kenyataan! Kugiran Masdo Kongsi Pentas Bersama The Changcuters, Hiburkan Hampir 2,000 Peminat!

Kugiran Masdo dan The Changchuters menghiburkan hampir 2,000 peminat di konsert Kugiran Masdo x The Changcuters yang berlangsung meriah di Zepp, Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurut Ali, kolaborasi tersebut adalah salah satu impian Kugiran Masdo yang berjaya diterjemahkan dan dipersembahkan atas satu pentas.

“Sejak awal dulu memang dah perancangan nak ada satu konsert, jadi ini adalah satu mimpi jadi kenyataan.

“Jadi kita lebih kepada rasa bangga, lebih rasa tak sabar untuk perform. Nak tengok keadaan pada malam ini, orang datang tu macam mana kerana sebahagiannya dari Indonesia,” kata Ali.

Tambahnya lagi, biarpun sudah mengenali The Changchuters, Kugiran Masdo masih merasai perasaan gemuruh untuk berkongsi pentas.

“Walaupun dah macam kawan, tapi masih ada rasa starstruck,” katanya kepada XTRA ketika sesi media sebelum konsert Kugiran Masdo x The Changcuters berlangsung.

Dalam pada itu, Kugiran Masdo memberitahu mereka sangat mudah mencipta keserasian bersama The Changchuters dan mendedahkan hanya satu hari sahaja yang diperuntukkan untuk melakukan sesi rehearsal.

“First time jumpa kita dah rasa ada keserasian. Semalam adalah kali pertama kita perform dan rehearsal bersama-sama dan Alhamdulillah benda itu menjadi,” kata Putu pula.

Penyatuan dua band atas satu pentas ini nyata memberikan kepuasan terhadap penggemar muzik mereka.

Menghiburkan hampir 2,000 penonton, konsert Kugiran Masdo x The Changcuters mengukir senyum manis di bibir peminat yang terhibur dengan seleksi lagu popular mereka.

Kugiran Masdo mempersembahkan rangkaian lagu hit seperti Dewi Puspita, Teruna & Dara, Lautan Asmara, Bunga, Dinda, Kasih dan Sayang, Bercanda di Malam Indah dan banyak lagi manakala The Changchuters pula memainkan lagu popular mereka seperti I Love U Bibeh, Hijrah Ke London, Gila-Gilaan, Parampampam dan banyak lagi.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Dec 2023

Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Satu je min boleh cakap Datin memang contoh mak mentua terbaik!❤️❤️❤️

Featured Tue, 4 Apr 2023

Hakim Tak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

Semoga Kamal Adli dapat keadilan yang sewajarnya

Cahaya Mata Tue, 25 Oct 2022

Tidak Berpantang Cara Orang Melayu, Dr Amalina Beri Tips Lepas Bersalin

Boleh cuba untuk para-para ibu yang baru lepas melahirkan tu

Kes Mahkamah Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Thu, 1 Feb 2018

NABILA RAZALI KENA TUMBUK?

Nabila sendiri terkejut kerana menerima mesej berbaur ugutan di laman twitter beliau yang mengatakan ada seorang individu yang mahu menumbuk mukanya

OMG Mon, 16 Jul 2018

Saksikan Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat Ke-14 Hari Ini

Majlis Angkat Sumpah Speaker dan Ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-14