Featured By: Aqilah Paharuzi November 16, 2022 @ 5:03pm

Mira Filzah Beli Tiket Blackpink, Peminat Teruja Nak Jumpa Di Stadium! Tapi Ada Yang Sindir – “Pergi Konsert Tak Risau Pula Tinggal Anak?”

Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah mencuri perhatian ramai setelah berjaya ‘berebut’ membeli tiket member ‘pre-sale’ konsert kumpulan K-Pop popular, Blackpink semalam.

Mira yang sedikit kecewa kerana tidak dapat membeli tiket VIP Soundcheck Package berharga RM1,888 itu meluahkan rasa syukur menerusi sebuah ciapan di Twitter rasmi miliknya.

“VIP dah sold out. Nervous tekan tekan tadi sekejap terkeluar sekejap suruh masuk balik ID. Adududu. But secured Cat 1. Okay lah. Alhamdulillah. See you BP!  but tanya je lahhh tanya je eh, siapa nk let go VIP seats bgtahu,” tulisnya. 

Berdasarkan pemerhatian XTRA nama isteri kepada usahawan Wan Emir Astar ini heboh menjadi perbualan netizen yang mengkritik Mira gara-gara membeli tiket konsert Blackpink.

Mira sebelum ini sering meluahkan rasa bimbang setiap kali keluar rumah untuk bekerja dan menangis kerana sebersalah meninggalkan putera sulungnya, Wan Khair Amir.

Artikel Berkaitan: “Semoga Mama Pun Kuat!” – Menangis Sampai Mata Bengkak! Mira Filzah Luah Perasaan Pertama Kali Jauh Dengan Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pertama Kali ‘Shooting’, Mira Filzah Syukur Anak Tak “Cranky’ – “Good Boy Mama, Suka Senyum!”

Susulan itu, ramai dalam kalangan netizen bertindak menyindir Mira dengan mempersoalkan sama ada aktres Pujaan Hati Kanda ini boleh meninggalkan anaknya untuk masa lama semata-mata untuk menonton konsert.

Meskipun teruk dikecam, ada segelintir peminatnya yang tidak menyangka Mira penggemar kumpulan K-pop Blackpink kerana jarang memaparkan sisi ‘Blink’ di media sosial.

Bagaimanapun, Mira memilih untuk berdiam diri dan tidak membalas segala kritikan netizen mengenai dirinya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Wed, 11 May 2022
TECH Fri, 9 Nov 2018

Beli Telefon Baru Tapi Bingung Nak Pindahkan Perbualan Lama? Info Ini Mungkin Membantu!

Adakah anda ingin dapatkan semula mesej lama dalam aplikasi Whatsapp anda?Ketahui caranya di sini.

Hiburan Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Dia Pilihan Ibu Saya” – Shuib Sedang Mengenali Hati Seseorang

Wahhh tak lama lagi dah ke tu? Semoga dipermudahkan segala urusan Shuib.

Events Thu, 17 May 2018

Ikon Wanita Melayu, Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Juara!

Amy Nurtinie atau nama sebenarnya Amy Nurtinie Abdul Aziz telah diangkat sebagai Juara Ikon Wanita Melayu pada tahun ini selepas pengacara Karl Shafek mengumumkan nama beliau pada acara Pencarian Wanita Melayu di Plaza Shah Alam baru-baru ini

Hiburan Mon, 23 May 2022

“Tipulah Saya Tidak Terasa Hati Apabila…” – Ayu Damit Jadikan Ejekan Pembakar Semangat

Ejekan yang dilemparkan ke Ayu Damit digunakan sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Eat Travel Thu, 23 Apr 2020