Pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar mendedahkan cara mencari dan memilih nama putera sulung mereka melalui sebuah aplikasi, Tarteel e-Quran, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, mereka meluahkan rasa syukur dan lega apabila nama anaknya, Wan Khair Amir terdapat dalam banyak surah.
“Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’.
“Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah,” tulisnya.
Dalam perkongsian itu juga, Mira dan Emir turut berkongsi hadith yang menyatakan setiap manusia disarankan untuk memberi nama yang baik-baik untuk setiap cahaya mata.
“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang: ‘Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.’ (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)
“May you live up to your name, my son. Make your mama proud, especially!,” kata Emir.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ada juga pengikut kedua-dua pasangan ini yang bersetuju dan menyokong tindakan mereka memilih nama anak sulungnya.
“Yang lebih baik adalah nama-nama para nabi dan rasul atau untuk prempuan, nama2 penghulu syurga,” komen seorang peminatnya.
“Semestinya semua umat islam mencari nama-nama yang baik terkandung dalam Al-Quran,” tulis seorang pengikutnya.