Hiburan By: Nurul Hana June 7, 2023 @ 6:57pm

Mizie Kamis Tampil Dengan ‘Sampai Bila’

‘Sampai Bila’ merupakan sebuah lagu baru yang ditulis oleh Mizie Kamis dan Hanie Surzair dengan bergenrekan pop balada.

Lagu nyanyian Mizie ini membawa tema pergolakan hubungan dalam perkahwinan yang menjadi isu hangat dalam kalangan masyarakat kini.

Antara salah satu faktor yang sering menjadi asbab terjadinya masalah antara pasangan dalam rumah tangga adalah hubungan jarak jauh.

Kesetiaan, kejujuran dan penerapan nilai agama adalah perkara yang paling penting dalam hubungan perkahwinan.

Lagu ini mengundang para pendengar untuk sentiasa menghargai pasangan dengan kesetiaan, kejujuran dalam membangunkan hubungan perkahwinan yang bahagia.

“Diharapkan ‘Sampai Bila’ dapat menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada pendengar dalam memperkuat lagi hubungan perkahwinan mereka dengan nilai-nilai yang positif.

“Lirik ‘Sampai Bila’ juga akan mengalunkan lagi yang sangat emosional dengan menggambarkan perasaan kesedihan, kekecewaan, dan ketidakpastian yang mungkin dirasakan oleh pasangan yang mengalami keretakan dalam hubungan mereka,” katanya.

Lagu ini dapat menyedarkan pendengar betapa pentingnya komunikasi yang baik, saling memahami, dan memberikan dukungan satu sama lain dalam menghadapi tantangan kehidupan perkahwinan.

‘Sampai Bila’ jika melihat dari segi luaran lirik mungkin kita merasakan ianya hanya sekadar lagu percintaan biasa dan tiada nilai.

Tetapi hakikatnya lagu dan lirik ini diterjemahkan oleh komposer dengan hasrat yang satu dan mendalam bagi meluahkan rasa yang patut ada dalam diri setiap insan yang bergelar suami dan isteri.

“Ini adalah lagu yang sangat berbeza dari lagu-lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini dari aspek konsep lagu lirik serta muzik yang ditampilkan untuk pendengar.

“Dengan hasrat yang satu, ‘Sampai Bila’ dapat menjadi lagu yang menjadi tumpuan ramai setelah dilancarkan di semua media digital yang ada,” kata Mizie.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Betulkah Mengandung? Gurau jer…

Mengidam tu hari-hari saya mengidam sebab saya ini memang kuat makan tetapi mengandung ke tidak…..

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

“Keep Guessing Guys” – Betty Rahmad Mahu Enjoy Moment Mengandung

Semoga segalanya dipermudahkan Betty! Apapun, Betty nampak comel sangat

Hiburan Wed, 1 May 2019

Nabila Razali Muntah

Nabila Razali ‘muntah-muntah’ sebelum tampil ke pentas membuat persembahan.

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

TAHNIAH! JIHAN MUSE DAPAT BABY BOY

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35 akan mengambil masa selama 2 bulan untuk berehat daripada menjalankan apa-apa aktiviti seni untuk memberi tumpuan kepada keluarganya itu

Featured Sun, 18 Jun 2023