Featured By: Fatin Nurain September 20, 2022 @ 2:57pm

MK Tepis Dakwaan Ada Isu Dalaman, K-Clique Hormati Komitmen Tuju – “Itu Hak Privasi”

Kumpulan hip hop K-Clique tampil menepis dakwaan yang menyatakan mereka mempunyai isu dalaman apabila salah seorang anggotanya, Tuju tiada ketika Konsert Havoc Midnight di Dataran Karnival Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, Tuju mempunyai urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

“Tuju terikat dengan program lain, jadi tidak dapat bersama dalam konsert kali ini. Lagipun, Tuju sentiasa sibuk, apatah lagi, sudah berkeluarga.

“Dia juga lebih fokus kepada keluarga. Seperti anggota lain, kami masih muda. Jadi, kami kena faham Tuju memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata.

“K-Clique tak kisah memberinya ruang untuk fokus kepada keluarga,” katanya.

Malah, MK juga menegaskan bahawa kesepakatan dalam setiap anggota K-Clique masih lagi kukuh, cuma mereka lebih memilih untuk menghormati privasi masing-masing.

“Kalau ada bertanya adakah kami masih anggota K-Clique. Itu persoalan silap kerana K-Clique memang ada dalam diri kami.

“Jadi, untuk kami jawab mengenai Tuju, jujurnya lapan anggota K-Clique mempunyai cerita masing-masing. Jadi, kami rasa soal Tuju dan keluarganya, itu hak privasi. Jadi, apa sekalipun kena tanya empunya diri,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, MK juga menyatakan tidak sukar untuk menguruskan anggota K-Clique, sebaliknya dia menjaga kumpulan itu seperti sebuah keluarga.

“Tidak susah pun, malah perkara menyeronokkan. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, tiada ceritalah antara kami.

“Jadi, kami berseronok sahaja dengan apapun cerita,” katanya.

MK juga menyatakan persefahaman dan keunikan yang wujud dalam setiap ahli kumpulan menjadi penyebab mereka bertahan sehingga kini.

“Kami berasal dari latar belakang hampir sama. Disebabkan itu, kami faham kesusahan dilalui masing-masing.

“Kami juga faham kemampuan dan keupayaan masing-masing. K-Clique adalah kumpulan unik, kami mempunyai lapan anggota yang mempunyai karakter berbeza, gaya dan ketrampilan tersendiri.

“Dari segi penyampaian pun semuanya ada kelainan. Jadi, K-Clique kekal bersahabat disebabkan kami adalah kami.

“Apa pun, kami sentiasa berpijak pada dunia nyata disebabkan sokongan peminat. Kami hargai momentum dan tenaga yang diberikan mereka,” katanya.

Selain MK dan Tuju, K-Clique turut dianggotai Noki, Somean, KDeaf,  FareedPF, Gnello dan NastyNas yang semua kelahiran Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Bang Bang! Giliran Caprice ‘Tegur’ PU Amin

Doa untuk mereka bukan dengan membuat andaian agama sebagai sebab mengapa ini berlaku. Harap PU faham. Salam dan semoga Allah merahmati…Terbaik Caprice!

Events Wed, 7 Dec 2022

Nusa Fest Bakal Menggabungkan Tiga Negara Dalam Satu Lokasi!

Untuk suku pertama 2023, Shiraz projects Sdn Bhd bakal membawakan kepada khalayak ramai sebuah festival yang bakal menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi pada Sabtu dan Ahad, 4 & 5 […]

Featured Tue, 23 Aug 2022

Balik Kampung ‘Boyfriend’ Di Amerika Syarikat, Mimi Fly Dapat Jolokan Rihanna Malaysia

Betul sebijik Rihanna baju color orange tu kan? 🔥🔥🔥

Events Mon, 1 Jul 2019

小提琴家Dennis Lau演奏会圆满举行!汇集各族好友献唱添文化色彩

大马著名小提琴家Dennis刘凯彦「The Chosen」演奏会圆满举行,圈中各族好友纷纷助阵献唱,为演奏会增添多元文化色彩。

Featured Thu, 25 Mar 2021

Lebih 7,000 Permohonan PKS Diluluskan

Sebanyak 7,205 permohonan telah diluluskan bawah skim pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) setakat 13 Mac lalu. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keutamaan diberikan […]

Trending Mon, 26 Jul 2021
Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Ibu Mertua Kritikal, Ifa Raziah Mohon Doa Terbaik

Semoga ibu mertua Ifa Raziah diberi kesembuhan segera… Insya Allah, sama-sama kita doakan!

error: Content is protected !!