“Model Paling Hodoh Di Muka Bumi!” – Diva AA Kutuk Baju Toto Aina Abdul, Pereka Fesyen Tampil Beri Penjelasan

Sering tampil dengan gaya pakaian ‘pelik’, penyanyi popular Aina Abdul bagaikan kalis kecaman apabila penampilannya menerusi sebuah program hiburan popular baru-baru ini dikecam teruk.

Malah, ada yang menyifatkan kostum yang diberi tema ‘A Waves Of Emotion’ itu seperti ‘toto narita’.

 

Kurang senang dengan perkongsian yang dibuat segelintir netizen menerusi ciapan di Twitter, pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA turut memberikan komen ‘panas’ terhadap rekaan baju Aina.

“But** toto pun ko rembat!! Siapa lah designer pok*makk ko! Bawak Sia** otak ke lautt!. Model paling hodoh di muka bumi!,” katanya.

Enggan terus terpalit dengan kecaman netizen yang mengatakan rekaannya jelik dan menghalang penglihatan audiens, pereka fesyen Aina iaitu Masyadi Mansor tampil menjelaskan keadaan sebenar.

“Untuk yang cakap baju halang aundiens kat belakang tu, actually kalau audiens duduk belakang Aina atau Ajai ke, mereka still akan terhalang sebab seat juri lagi tinggi dari seat penonton/audiens.

“Plus, yang duduk belakang juri tu semua team juri dan pihak produksi. Bukan orang awam pun,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian XTRA, ciapan tersebut telahpun dipadam Masyadi.

 

 

Salma Syahbuddin