Featured By: Atiqah Johari September 27, 2022 @ 6:44pm

Mohon Doakan Perbicaraan Diberi Keadilan & Kebenaran, Firdaus Wong, Akhi Fairuz Jadi Saksi Untuk Kes Gangguan Seksual Ebit Lew

Baru-baru ini, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan bahawa dia akan menjadi saksi untuk kes perbicaraan pertuduhan yang melibatkan pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew.

Menerusi hantaran di akaun Facebook, Firdaus Wong dan seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi akan menjadi saksi pendakwa raya bagi kes perbicaraan 11 pertuduhan gangguan seksual hari ini.

“Perbicaraan 11 tuduhan gangguan seksual Ebit Lew akan bermula sebentar lagi. Kami berdua In Sha Allah akan menjadi saksi pendakwaraya.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku,” tulisnya.

Malah, dia turut memohon orang ramai untuk mendoakan supaya sesi perbicaraan ini diberi keadilan dan kebenaran.

“Doakan keadilan dapat ditegakkan dan kebenaran diserlahkan. Allahuma Ameen,” luahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan agar perbicaraan kes ini dipermudahkan dan kebenaran dapat dirungkaikan.

       

Terdahulu, Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37, dikenakan 11 pertuduhan gangguan seksual.

Prosiding perbicaraan ini akan bermula Selasa hingga Jumaat di mahkamah Tenom, Sabah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Aug 2023
Featured Thu, 23 Mar 2023

Cedera Parah Akibat Ditumbuk, Nurul Shuhada Dedah Sebab Tak Lagi Pakai Pendakap Gigi

Hmmmmm kesiannya Shu 😭 Dah la ada parut kekal kat muka 😕🥲

Hiburan Thu, 28 Sep 2023

Bimbang Timbul Fitnah, Ruhil Amani Akui Sudah 4 Tahun Bercerai

Dah takde jodoh.. Semoga dipermudahkan buat Ruhil Amani

Hiburan Sun, 31 Dec 2023
Trending Fri, 8 May 2020

Perlu Dapat Kebenaran Polis Untuk Rentas Negeri Selepas 10 Mei

Terbaru buat mereka yang ingin merentasi negeri..

Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

Bekas Jurusolek Korea Ini Hasilkan Roti Dengan Ilustrasi Yang Sungguh Kreatif

Comel sangat rasa macam tak sampai hati nak makan!

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bella Hadid Buat Apa Tu?

OMG! Bellaaaaaaa Hadid uolssss…