Featured By: Atiqah Johari September 6, 2022 @ 5:33pm

Mohon Maaf Mengenai Isu Cium, Meerqeen Akui Akan Lebih Berhati-Hati – “Saya Tahu Apa Saya Nak”

Susulan isu mencium pelawak terkenal Indonesia Kiky Saputri, pelakon Meerqeen membuat kenyataan permohonan maaf mengenai kontroversi yang berlaku di Jakarta, Indonesia pada Ogos lalu.

“Saya minta maaf atas apa yang berlaku di Jakarta, Indonesia,” kata Meerqeen.

Memetik laporan Harian Metro, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, menyatakan bahawa dia akan lebih berhati-hati dan belajar daripada kesilapan tersebut.

“Sudah tentu saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya tahu kita berada di Malaysia, jadi saya akan hati-hati,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, pelakon Melur Untuk Firdaus itu turut menafikan bahawa kontroversi tersebut menganggu dirinya sehingga terpaksa mengambil masa untuk membuat kenyataan kepada media.

“Ia tak menganggu saya. Saya jenis fokus pada kerja, diri sendiri dan keluarga. Jadi, saya fikir ia tak kacau pun. Saya tahu apa saya nak,” luahnya kepada Harian Metro.

Meerqeen juga memaklumkan bahawa pihak pengurusannya menunggu masa yang sesuai untuk menjawab mengenai insiden yang berlaku di Jakarta.

“Cuma apa yang berlaku di Jakarta itu pihak pengurusan saya akan menjawab. Tunggu masa sesuai,” ujarnya kepada Harian Metro.

Terdahulu, tular sebuah video yang memperlihatkan Meerqeen mencium pelawak terkenal Indonesia, Kiky Saputri ketika menghadiri sebuah program hiburan pada bulan lalu telah menarik perhatian wargamaya dan menganggap tindakan tersebut keterlaluan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 20 Nov 2021
Hiburan Sat, 16 Dec 2017

Isu zuriat, Elizad contohi Siti Nurhaliza

Menafikan yang rumah tangganya bermasalah kerana belum dikurniakan zuriat selepas 2 tahun berkahwin

Hiburan Thu, 1 Jun 2023

Gara-Gara Langgar ‘Spoiler’ Kereta Sampai Patah, Remaja Tampil Minta Maaf

Owner dah maafkan, netizen pulak yang menggelupur 😅

Trending Thu, 18 Feb 2021

Shuk Sahar Didapati Bersalah, Kontrak Bersama Hot FM Akhirnya Ditamatkan

Nampaknya ramai netizen bersetuju Shuk diberhentikan….

Hiburan Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Netizen Tegur Cara Pemakaian Zarina Anjoulie

Netizen menegur cara pemakaian Zarina yang bertudung tetapi tidak menutup bahagian yang sepatutnya.