Mohon Pengikut Berhenti Hina, Nadia Annuar Tampil Dedah Sebab Buka Tudung – “Satu Keputusan Yang Sukar…”

Pengacara, Nadia Annuar tampil memberi sedikit penjelasan berhubung keputusannya yang kini tidak lagi memakai hijab.

Nadia menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) mendedahkan keputusan itu adalah berdasarkan keadaan mentalnya yang dipercayai tidak stabil.

Kakak kepada pelakon Harris Annuar itu menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengkritik dirinya sengaja membuka tudung semata-mata mahu pujian ramai.

“Bukan semua keputusan dibuat dgn sekelip mata seperti yang anda sangka. Its a hard decision. Not as simple as nak cantik lah or nak memancing pujian.

“It’s a mental state. I really hope that you can continue to help guide me not push me further away. I love all of you…,” ujarnya.

Sementara itu, bekas pengacara Wanita Hari Ini itu juga meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan tohmahan berbaur hinaan.

Menyedari keputusan membuka tudung adalah khilafnya sendiri, Nadia bagaimanapun memohon pengikutnya untuk menjaga budi bahasa terutamanya apabila menyentuh tentang ciptaan Yang Maha Esa.

“Saya nak ingatkan sikit, tujuan saya tidak off comment selama ini adalah kerana saya anggap semua followers adalah seperti keluarga saya.

“Jadi tidak salah saya on comment untuk menerima teguran daripada anda semua sebab saya tau salah saya. Menegur itu tak salah tapi menghina itu bukanlah cara untuk menasihati.

“Contoh hinaan seperti buruk, tua, dahi luas, hidung yahudi, telinga capang, bodoh, bangang dan lain-lain.

“Adakah anda pernah berfikir bahawa anda sedang menghina ciptaan Allah swt dengan alasan ‘menegur”?,” ujarnya.

Menerusi hantaran lain, Nadia memberi nasihat kepada pengikutnya untuk berhenti menambah dosa antara manusia.

“Ah and satu lagi… bila dah hina, kadang2 ada satu ayat “maaflah ye” Kalau saya dosa dgn Allah swt, Allah Maha Pengampun tapi saya manusia yg hina.

“Kalau saya tak maafkan awak macam mana? Jadi tak payahlah tambah dosa kita sesama manusia.

”Saya rasa bersalah kalau saya menjadi punca yang membuatkan hidup awak yg suci tu tercemar. Jadi setakat ni saya cuba maatkan apa yg mampu. Yg betul2 terguris tu mungkin susah sikit…,” tuturnya.

Sebelum ini, nama personaliti tv terkenal ini hangat menjadi perbualan ramai selepas membuat keputusan untuk tidak lagi memakai hijab pada ulang tahun kelahiranya yang ke-39 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Annuar Kini Selesa ‘Free Hair’

ARTIKEL BERKAITAN: “Pijak Sampai Puas, Kalau Tak Puas… Pijak Sampai Mati!” – Tampil ‘Free Hair’, Nadia Annuar Mohon Jangan Salahkan Ibu

Aqilah Paharuzi