Hiburan By: SGMS Enal November 28, 2017 @ 12:27pm

Mommy Mas Idayu Tengking Kak Ros Hingga Terkejut

sejak beberapa minggu lalu tular di media sosial rakaman ketika mummy Mas Idayu memarahi Baby Shima dalam Program D’Academy Asia musim ketiga.

“ADA nampak mummy happy?  Mummy tak nak Shima senyum! Apa yang Shima buat malam ni?”

“Kak Ros cuma nak kasi dia semangat mummy? Mummy, ada orang boleh kena tegur macam gitu mummy, ada orang tak boleh…”

Ini antara kata-kata yang popular dalam rakaman tersebut sehingga ada yang melakukan pelbagai parodi berdasarkan video tersebut.

Selain itu, kata-kata seroang lagi juri dari Singapura, Kak Ros turut mencuri tumpuan netizen.

Menurut sumber, pihaknya telah mendapatkan kenyataan daripada Kak Ros atau nama sebenarnya Rosalina Musa.

“Tentang Shima, Mas Idayu sudah membantu beberapa malam sebelum pertandingan hari itu jadi mungkin sebagai ‘mak’ di DAA3 ini untuk peserta Malaysia, dia terlalu kesal dan kecewa dengan persembahan Shima malam itu.

“Saya pula seorang yang senang terasa emotional baik peserta itu bagus atau tidak.  Saya memang kasihan tengok Shima dimarahi begitu kerana kami juga ada berbalas message sebelum pertandingan, dan Shima selalu cakap yang dia takut mengecewakan semua.

“Saya selalu baik dengan semua peserta dan akan selalu beri kata-kata semangat dan selalu bilang jangan takut dan beri persembahan sebaik mungkin yang mereka mampu. Jadi tidak salah untuk saya ke depan untuk memeluk Shima cuma mungkin moment itu tak kerana Mas Idayu belum habis marah Shima,” katanya.

Jelasnya, dia ke depan pun kerana dia sendiri sudah menangis dahulu dan diminta oleh comentator yang lain supaya memujuk dan menenangkan Shima.

“Mulanya saya terperanjat juga apabila Mas Idayu tengking saya, jadi saya jawab dengan apa yang saya rasa kerana saya tahu Mas Idayu tu kalau dah marah susah untuk dia control emosinya.

“Tapi sedikit pun saya tidak berkecil hati. Lain orang lain cara dan yang jelas saya dan Mas Idayu tidak ada masalah.  Kami baik sahaja walaupun karakter kami  berbeza.  Kami selalu berbincang dan selalu cuba membantu peserta sebanyak mungkin dengan ikhlas untuk peserta itu,” tambahnya.

Di Malaysia nama Rosalina Musa masih kurang popular namun sebenarnya dia dan penyanyi-penyanyi dangdut dari Malaysia sudah lama berkawan baik.

“Saya sebenarnya kenal Mas Idayu, Amelina, Sheeda, Iwan dari zaman-zaman hangatnya dangdut dulu, kira-kira 20 tahun yang lalu. Memang dari DAA1 hingga sekarang Mas Idayu memang tegas, garang dan apa yang dia rasakan dia akan cakap sahaja apabila menegur semua peserta, tidak terhad dari Malaysia aje.

“Kalau peserta siap mental dan fizikal, mereka akan terima dengan hati terbuka untuk kebaikan mereka,” ulas Kak Ros lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

《水底情深》人鱼恋抱走「最佳影片」4奖最大赢家

第90届奥斯卡于马来西亚时间5日早上举行!《水底情深》入围13项,共抱回4项大奖,更击败强敌《意外》,获得最大奖最佳影片。至于影帝和影后,如外界预期由《最黑暗的时刻》盖瑞欧德曼和《意外》法兰西斯麦多曼夺下。

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

李欣怡跨界当编剧!导演陈立谦对其创作甚感满意

李欣怡跨界当编剧,创作网剧《很红又怎样》!剧本让导演陈立谦大赞且十分满意~

Featured Tue, 10 May 2022

Duet Shuib & Siti Nordiana Tular Di TikTok, Peminat Doakan Mereka ‘Berjodoh’

Ngam suara duet Siti Nordiana dengan Shuib, boleh buat lagu bersama nii

Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Tiada Niat Mahu Merampas, Cuma Ingin Berikan Kasih Sayang… Fizi Ali Hadir Mahkamah Perjuang Hak Penjagaan Anak

Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah lantaran Shakila tidak mengizinkan dia bertemu anaknya.

Contest Fri, 20 Sep 2019

Taylor Swift Just Dropped Some Real S**t On What Actually Happened Between Her And Kanye

Taylor Swift just drops a major bombshells about Kanye West feud

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

Dunia Saya Terasa Gelap – Aidil Aziz

Aidil Aziz menyifatkan dunianya terasa gelap ketika dalam penjara sehingga menjadi tertekan kerana tidak tahu apa perlu dilakukan!