Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2023 @ 3:47pm

MonoloQue Selit Elemen Futuristik.. Batu Sumpah Sebagai Pemisah Dalam MV Lagu Cinta

‘Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri’

Demikian cerpen indah yang diselit dalam muzik video Lagu Cinta, karya terbaharu milik kumpulan MonoLoQue yang terbuka tentang aspek cinta. 

Muzik video Lagu Cinta berkonsepkan cerita pendek bersama penghasilan futuristik atau sains khayalan hasil sentuhan sutradara, Emir Ezwan. 

Lagu Cinta lebih mesra rakyat, hasil ciptaan LoQue yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada irama dan melodi.

“Jika diperhalusi, chorus dan verse Lagu Cinta dimainkan dalam irama minor bagi menggambarkan kegelapan, kesedihan, kesusahan. Tetapi waktu bahagian bridge, lagu bertukar kepada major, sesuatu yang bertentangan,” katanya. 

Menurut LoQue, penghasilan muzik video Karya Cinta mengambil masa selama setahun dek kerana pasca produksi yang lama. 

“Brainstorm lama untuk jalan ceritanya ini dan kami hanya bergantung kepada Emir sahaja dalam membuat segala effect sci-fi atau futuristik. Saya selalu mengimpikan untuk membuat filem pendek macam Star Wars musim pertama. 

“Piring hitam dah pernah buat, album juga. Akhirnya kini tercapai untuk membuat satu naskah yang berkonsepkan futuristik. Saya rasa lengkap,” tambahnya. 

Muzik video karya Lagu Cinta dirakamkan di sekitar Kuala Lumpur, Sungai Buloh, dan Cheras serta selebihnya di Stadium Shah Alam kini boleh ditonton di saluran YouTube. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 May 2023
Hiburan Fri, 16 Mar 2018

Kontroversi Antara Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Belum Berakhir!

Kisah mereka dilihat semakin rancak diperkatakan apatah lagi apabila kisah putus tunang ini melibatkan ibu bapa kepada pasangan tersebut

Featured Fri, 4 Nov 2022
Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Wow! Hotel Transylvania Kutip RM 178 Juta

Ia sekali gus menyingkirkan filem di tempat pertama minggu lalu, Ant-Man and the Wasp, yang kini di kedudukan kedua dengan kutipan AS$28.8 juta (RM116.6 juta) pada hujung minggu lalu.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Cassidy La Creme Jatuh Cinta Dengan Lelaki Melayu?

Ehem… siapa agaknya jejaka bertuah tu kan?

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Sportingnya Aeril Zafrel Jadi Model Mascara

Suami menjadi model untuk kosmetik and produk tu pula mascara, so macam mana rupanya

error: Content is protected !!