Muat Naik Foto Bercuti Di Luar Negara, Netizen Komen Wajah Ziana Zain Persis Jennifer Lopez – “Wow Ni Betul Macam J.Lo”

Penyanyi popular Ziana Zain menjadi perhatian warganet apabila memuat naik momen-momen dirinya yang kini sedang bercuti di luar negara.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ziana memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya kini sedang bercuti di Belanda.

Apa yang menarik perhatian adalah rata-rata warganet menyatakan bahawa wajah pelantun lagu Senja Nan Merah itu persis selebriti terkenal antarabangsa Jennifer Lopez ataupun lebih dikenali sebagai J.Lo.

Kekal jelita, Ziana tampil mengenakan ‘winter beanie’ di kepalanya dan pakaian musim sejuk serba hitam.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet memberikan pelbagi reaksi terhadap foto tersebut. Malah ramai yang menyatakan wajah penyanyi popular ini seiras J.Lo.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Ziana tersebut telah meraih puluhan ribu tanda suka dan lebih 200 komen di IG.

Khairil Khusyairi