Muat Naik Foto Bersama Isteri, Hafidz Roshdi Buktikan Tiada Masalah Rumah Tangga?

Baru-baru ini, nama pelakon Hafidz Roshdi dipetik kerana didakwa curang dan menghantar mesej lucah kepada seorang wanita.

Terkini, menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memuat naik foto mesra bersama isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri dan diajukan kepada netizen di Facebook, blogger dan pihak media.

Berdasarkan kapsyen Hafidz, dia seolah-olah mahu membuktikan bahawa hubungannya dan isteri berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Kami dari Facebook, Erin Sakura, Giler Kentang, mStar Online, Media Hiburan dan semualah media. Kami ada popcorn kat sini parking dulu,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersyukur khabar angin tersebut tidak benar dan mendoakan agar hubungan mereka isteri terus berkekalan.

“Syukurlah.

“Hahahaha good job geng. Biar diam netizen tu.

“Till jannah for both of you,” komen netizen

-insert comments-

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Maya Basir