Muat Naik Foto Cincin, Syafiq Kyle Dah Merisik Mimi Lana

Pasangan pelakon sama cantik, sama padan Mimi Lana dan Syafiq Kyle seakan-akan memberi ā€˜hintā€™ mereka melangkah ke fasa seterusnya apabila kedua-duanya memuat naik hantaran di Instagram masing-masing.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 28, memuat naik foto cincin yang dipegang oleh Syafiq Kyle dan membuat hantaran semula di Instagram Stories (IGS) miliknya beserta tarikh 21.01.2023 bersama muzik latar lagu A Thousand Years nyanyian Christina Perri.

Sementara itu, Syafiq menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi turut memuat naik fotonya bersama Mimi beserta kapsyen ā€˜counting daysā€™.

Ā 

Memetik laporan Harian Metro, pengurus Mimi, Iman Tang mengesahkan keluarga Syafiq telah merisik Mimi.

ā€œHari ini cuma acara merisik saja yang mana keluarga pihak lelaki merisik pihak perempuan seperti yang dikongsikan di Instagram Mimi dan Syafiq,ā€ kata Iman.

Sebelum ini, Syafiq Kyle memaklumkan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini, namun mereka masih belum boleh memaklumkan kepada umum tarikh hari bahagia memandangkan proses persiapan masih berjalan.

ā€œAlhamdulillah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ā€˜Menangisā€™ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.

ā€œInsya-Allah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani untuk sebut tarikh tertentu kerana la bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.

ā€œMemandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi insya-Allah, tahun inilah,ā€ katanya.

Malah, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Nur itu juga bersyukur dan lega apabilaĀ segala persiapan wajib sudah selesai dilakukan.

ā€œSoal persiapan, buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadiri.

ā€œSaya sudah ā€˜settleā€™ itu semua, hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah,ā€ tambahnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut pasangan berkenaan mengucapkan tahniah atas perkhabaran gembira itu.

Salma Syahbuddin