Hiburan By: Mohd Fuad Mohd Noor March 25, 2019 @ 4:44pm

Muat Naik Tweet Labelkan Dirinya “Shit Person”, Zayn Malik Buat Peminat Risau

Penyanyi dan bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik mengejutkan peminatnya apabila memuat naik status di laman Twitter meminta maaf dan melabelkan dirinya sebagai “shit person”. Perkara ini mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan dalam kalangan peminat penyanyi yang popular dengan single, Let Me.

Status tersebut telah dipadam oleh Zayn daripada akaunnya sejurus selepas dimuat naik.

Walaubagaimanapun, Zayn kembali memuatnaik status di laman Twitternya pada hari berikutnya dan mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang bimbang akan kesihatan dirinya. 

Laman milik twitternya dihujani dengan komen daripada peminat yang mendoakan kesihatan Zayn dan ada juga yang meluahkan rasa keliru dengan situasi tersebut. 

Spekulasi bahawa hubungan persahabatannya dengan ahli kumpulan One Direction, Louis Tomlinson  berantakan dikatakan menjadi punca status tersebut dimuat naik.

Krisis hubungan antara ahli kumpulan One Direction itu semakin menjadi-jadi apabila Zayn gagal menghadirkan diri ke persembahan X-Factor Louis sebagai tanda sokongan di atas kematian Ibu Louis pada tahun 2o16. 

Sebelumnya Zayn turut mengakui mempunyai masalah depresi. Hubungan cintanya dengan model, Gigi Hadid juga menjadi retak berikutan masalah dirinya. 

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jul 2019

‘Kes Cerai Tiada Kena Mengena Dengan Maya Karin’ -Nik Nazmi

Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dakwaan yang mengaitkan pelakon Maya Karin dengan kes penceraiannya.

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Kenapa Zahiril Adzim Mencarut?

Kerana watak yang dipegang nya dalam satu drama meminta untuk beliau menjadi lebih realistik

Hiburan Sun, 7 Apr 2019
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Kerana Kurang Susu Badan Terus DiKecam Oleh Netizen!

Hanya kerana kurang susu badan dikecam teruk oleh netizen , apa nak jadi dengan dunia sekarang nie

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

ALICIA AMIN OPENS UP ABOUT SUICIDE ATTEMPT

Mental health issues are very serious. So if ever you feel down and upset, don’t brush it aside as just being ‘weak’. Talk to someone and express yourself.

TECH Thu, 11 Oct 2018

Permainan Mudah Alih Nightstream Untuk Si Gamers

Dengan adanya Streamline Games yang menumpukan perkembangan permainan, kami boleh menggunakan kepakaran kami sebagai syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia untuk mempromosikan Nightstream ke pasaran massa dan meniru semula kejayaan-kejayaan terdahulu seperti Ejen Ali dan Mak Cun’s Adventure.

Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Selami Kehidupan Asnaf Dalam Akil Dan Juan

Shukri Yahaya turut mengundang rakan-rakan pelakon Zarina Zainuddin dan Syazwan Zulkifli untuk sama-sama meringankan beban golongan asnaf. Jangan lupa terus tonton di TV3 pada 15 September ini ok!

Hiburan Fri, 20 Mar 2020

ICSYVM3: Yusry Tak Setuju Dengan Erra Fazira?

Fuhh macam best je minggu ni!

| Live TV