Muka Bengkak Lepas Balik Dari Bangkok…Kenapa Dengan Via Vallen?

Penyanyi dangdut, Via Vallen menafikan dirinya menjalani pembedahan plastik pada wajah.

Ini berikutan dakwaan yang dilemparkan kepadanya selepas wajahnya dilihat bengkak dalam sebuah acara, baru-baru ini.

“Tak logik saya naik ke pentas menyanyi selepas seminggu jika saya benar benar menjalani pembedahan. Itu tidak masuk akal,” ujar Via Vallen dalam tayangan Cumicumi yang disiarkan oleh Kompas.com. 

Namun begitu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sayang ini mengaku dia menjalani rawatan meruncingkan wajah tetapi bukan ke tahap pembedahan plastik.

“Kenapa pipi saya bengkak kerana memang rawatan runcingkan wajah akan nampak begini. Ini proses penyembuhan.

Berita Via Vallen didakwa menjalani pembedahan plastik mula bertebaran selepas dia baru sahaja pulang dari Bangkok yang kebetulan sedang bercuti bersama keluarganya.

“Badan saya naik sebab baru pulang bercuti,” akhirinya. 

SGMS Faida