Hiburan By: SGMS Faida October 2, 2018 @ 11:00am

Ini Baru From ‘Zero To Hero’, Shuib Kini Bergelar Jutawan?

Walaupun pernah gagal dalam perniagaan beberapa kali sebelum ini, anggota kumpulan Sepahtu, Shuib tetap optimis membangunkan perniagaan madu asli berjenama Bee Factory.

Ternyata percaturannya kali ini membuahkan hasil apabila perniagaan ini dapat menjana pendapatan mencecah jutaan ringgit.

Malah, produk Bee Factory turut dijual di platform e-dagang terkemuka, Shopee membantu dalam penjenamaan dan pemasaran produk yang kian popular ini.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad menyifatkan, kejayaan itu diraih berkat sokongan isteri tercinta yang menjadi sumber kekuatan.

Dengan perniagaan yang semakin stabil, tidak hairanlah Shuib kini digelar jutawan. Betul tak? 

“ Masih terlalu awal untuk meletakkan dirinya sebagai jutawan kerana dia tidak memiliki wang sebanyak itu.

” Jika jutawan, saya sudah ada wang berjuta-juta, tetapi saya belum sampai ke tahap itu. Insya-Allah, saya sedang berusaha ke arah itu kerana bukan baru setahun dua berniaga. Sudah enam tahun saya memulakan perniagaan, banyak yang saya lalui,” katanya kepada BH Online.

Shuib turut berkongsi kisahnya yang nekad untuk melepaskan kerjayanya sebagai penyampai radio demi Bee Factoy.

” Selepas sebulan memulakan perniagaan, saya lihat potensi perniagaan ini boleh maju membuatkan saya nekad berhenti kerja sebagai penyampai radio pada Disember lalu.

“Saya pernah bertanya pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, mengenai perkara itu. Dia tanya, kenapa saya mahu berhenti sedangkan masih perlu mengukuhkan nama? Apabila saya memaklumkan mahu berniaga madu, dia memuji usaha saya.

“Sejak itu, saya mendapat semangat luar biasa. Kami bermula kosong, tanpa pejabat, tetapi kini segala-galanya sudah ada. Saya berhasrat menjadikan syarikat ini peneraju industri madu terbesar di Malaysia,” katanya yang kini memiliki lebih 20 stokis di seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Aug 2021

[VIDEO] Respect! Artis Ini Sambut Hari Kemerdekaan Dengan Cara Yang Kreatif!

Hari Kebangsaan negara kita bakal menjelang tak lama lagi dan sudah pasti rakyat Malaysia juga tidak sabar. Sedar tak sedar, sudah 64 tahun kita menyambut hari yang bersejarah ini. Meskipun kita masih dalam musim pandemik,

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

‘Tiada Istilah Kalah Menang…’- DS Vida Mohon Maaf Kepada Aishah

Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting habis ayah Yuna, cayalah!

Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan menghadiahkan 2 buah lagu untuk anak beliau sewaktu majlis persandingan

Events Thu, 1 Sep 2022
Featured Thu, 3 Nov 2022

[VIDEO] Edar Makanan Kepada Gelandangan, Kerja Amal Iman Troye Dipuji Warganet.

Penyanyi Iman Troye melakukan kerja amal mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.   View this post on Instagram   A post shared by 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗬𝗦𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗨𝗗𝗜𝗡 🌻 (@imantroye) Menerusi perkongsian yang dimuat naik

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Sun, 24 Dec 2017

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru Selepas Persenda Ketua Kartel Dadah

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

Johan As’Ari Teman Iqram Dinzly Menari Jadi Isu

video tarian itu pula dibuat hanya suka-suka tidak sangka pula ianya tular di sosial media

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Giliran Anak Shah Rukh Khan Pula Dikritik…

Ini kerana netizen menganggap pilihan Suhana Khan bukan sahaja tidak membawa apa-apa makna malah tidak relevan kecuali kerana dia anak kepada King of Khan, Shah Rukh.

| Live TV

error: Content is protected !!