Featured By: Maya Basir November 23, 2022 @ 6:43pm

“Mulanya Hanya Terpelecok Kaki Kanan…” – Tak Boleh Terlalu Aktif, Ebby Yus Terpaksa Berehat

Pelakon dan pelawak, Ebby Yus terpaksa berehat buat sementara waktu selepas dimasukkan ke hospital selama dua minggu untuk rawatan, bulan lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid sebelum ini menghidap masalah jantung dan buah pinggang perlu berehat seketika dan tidak boleh terlalu aktif.

“Pada mulanya hanya terpelecok kaki kanan semasa nak keluar rumah bagi menghadiri satu majlis alumni sekolah kerana saya dipilih sebagai pengacara pada 26 September lalu.

Jadi, sebab dah janji dan saya juga salah seorang alumni, kenalah tunaikan,” katanya.

Menurutnya, masalah jantung dan buah pinggang datang kembali selepas kejadian tersebut.

“Tapi, sakitnya kaki itu jangan cakaplah, memang tak boleh nak tahan pun. Tapi, saya teruskan bekerja sampailah tak boleh jalan dan masuk hospital untuk rawatan.

“Jadi, tersangkutlah semula dengan masalah jantung dan buah pinggang. Malah, saya hampir nak kena buat dialisis sebab buah pinggang rosak di tahap lima,” ujarnya.

Kini, dia sangat menitikberatkan soal kesihatan diri dan perlu menjalani pemeriksaan berkala di hospital mengikut temujanji doktor yang ditetapkan.

Tambahnya, dua minggu lagi dia akan membuat pemeriksaan jantung dan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kredit foto: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

「马来魔」郑建威摘大马预选赛冠军!5月赴中国参赛

「马来魔」郑建威摘马来西亚预选赛冠军!5月初赴中国参加《中国新说唱》60 秒个人赛。

Featured Wed, 5 May 2021

Semua Sekolah Di Selangor Ditutup Bermula Khamis

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan semua sekolah di seluruh Selangor ditutup selama dua hari bermula Khamis. Menurut Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail , penutupan itu adalah selaras keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri

Featured Fri, 18 Jun 2021

Pendapatan Rakyat Membimbangkan, Lebih 600,000 Isi Rumah M40 Tergelincir Ke B40

Pandemik COVID-19 memberi implikasi yang besar kepada tahap pendapatan rakyat Malaysia apabila lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40. Penurunan ini menimbulkan kebimbangan

Featured Sun, 25 Nov 2018

Sebelum Ke Pejabat, Ibu Bapa Make Sure Stok Makanan Sentiasa Ada Sepanjang Cuti Sekolah!

So parents make sure stok makanan di rumah mencukupi supaya anak anda tidak ditinggalkan dalam kelaparan! 

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

黄子佼914来马会粉丝为《FUN TAIPEI》站台

「创意才子」黄子佼将于9月14日来马为《FUN TAIPEI快闪主题馆》站台,并于当天傍晚7时30分,展开唯一一场粉丝见面会。

Featured Wed, 12 May 2021

“Baru Tahu Mulut Saya Jahat Ke Baik…” – Fad Bocey Jadi Pak Cik Bawang?

Pelawak dan penyampai Hot FM, Fad Bocey bakal muncul di program realiti no 1, I Can See Your Voice (ICSYV) sempena hari raya Aidilfitri. Untuk ICSYV musim kali ni, Fad berperanan sebagai panel penyiasat untuk menyiasat identiti

Featured Thu, 10 Mar 2022

Keperluan Vaksinasi Merentas Negeri Kini Dimansuhkan – PM

Boleh rentas negeri walau tanpa suntikan booster dan…

Events Thu, 23 Apr 2020

| Live TV