“Mummy Cinta Daddy Sangat-Sangat” – Genap 2 Bulan Perkahwinan, Mas Idayu Dedah Suami…

Penyanyi dangdut popular, Mas Idayu terharu dan tidak menyangka usia perkahwinannya bersama Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa kini genap dua bulan.

Perkongsian Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy di Instagram miliknya berkata, suaminya itu seorang yang romantis kerana tidak pernah lupa akan tarikh perkahwinan mereka.

“Tadi darling kita call, hari ini 16 November genap dua bulan usia perkahwinan kami. Sekejap je dah dua bulan. 

“So sweet suami Mummy sentiasa ingat. Selamat menyambut dua bulan perkahwinan sayang. Mummy cinta daddy sangat-sangat,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Mas Idayu, 50, turut berkongsi sebuah video pendek memaparkan mereka sedang berjalan-jalan di pantai Muar, Johor.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut penyanyi itu memuji pasangan tersebut yang kelihatan sangat mesra bersama.

 

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu dan diraikan dalam satu majlis perkahwinan yang digelar Wedding Of The Year kerana mendapat tajaan bernilai RM7 juta.

Salma Syahbuddin