“Mummy Tak Tidur Dari 2 Pagi” – Anak Rebecca Nur Al Islam Terkena Jangkitan Paru-Paru

Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam, memaklumkan bahawa anak lelakinya telah dikejarkan ke sebuah hospital selepas terkena jangkitan kuman pada bahagian kiri paru-parunya sejak semalam.

Menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya, Rebecca memohon agar orang ramai dapat mendoakan anaknya kembali sembuh.

Bimbang dengan keadaan anaknya itu, Rebecca memaklumkan yang dia tidak dapat tidur sejak anaknya, Nor Ahmet Al Reagan, dimasukkan ke hospital.

“Assalamualaikum, doakan anak mummy di hospital sekarang, ada jangkitan paru-paru pada belah kiri.

“Oh My Jantung, Allah bersamamu anakku. Mummy tak tidur dari dua pagi. Semoga Allah kuatkan mummy juga.

“Selepas ini kena lari sekejap, ada mesyuarat besar melibatkan ramai orang kerana sudah janji. Insya-Allah, jika diizinkan mummy sampai,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikut Rebecca mendoakan agar anak lelakinya itu sembuh dengan segera.

Atiqah Johari