Tiada Niat Cari Publisiti, Muna Shahirah Akui Menangis di IG Bersebab

Penyanyi Muna Shahirah menafikan mengalami penurunan berat badan mendadak kerana putus cinta, baru-baru ini.

Dalam masa sama Muna mengaku dia tidak berniat untuk mencari publisiti murahan dengan memuatnaik video menangis di Instagram.

“Ada yang datang bertanya kepada saya sama ada itu gimik untuk popularkan lagu baharu. Saya tiada langsung niat untuk berbuat demikian, banyak lagi perkara faedah saya boleh buat.

“Cuma saya akui pada hari itu saya sedikit tertekan dengan masalah peribadi. Sebagai manusia biasa, pasti ada hari kita akan rasa tertekan dan down. Alhamdulillah saya sudah beransur pulih,” katanya kepada Xtra.

Menerusi sebuah entri, Muna menjawab persoalan netizen yang bertanyakan kenapa tubuhnya kelihatan cengkung.

“Ini jawapan untuk yang tanya, kenapa berat saya turun 6 kg dalam masa seminggu. Ini tidak sebenarnya tidak sihat, jaga kesihatan anda terutama kesihatan mental… “Mental Health”,” tulisnya. 

Dalam video berkenaan, penyanyi yang baru sahaja muncul dengan lagu Suratan Luka ini memberitahu dia tidak pernah membuat live di Instagram dalam keadaan bersedih.

“Saya sendiri pun tidak tahu kenapa,” katanya sambil menitiskan air mata.

Dalam perkembangan lain, Muna akan membuat persembahan di konsert Tahun Baru di Boulevard Mall Kuching pada 31 Disember 2019 bersama dengan penyanyi Haqiem Rusli dan Wany Hasrita.

SGMS Faida