Featured By: Fatin Nurain October 20, 2022 @ 4:43pm

Muncul Dengan Lagu Pendua, ‘First Debut’ Kumpulan JUITA Raih Pujian Ramai

Kumpulan wanita JUITA tampil meraih pujian ramai selepas membuat kemunculan pertama mereka menerusi lagu yang berjudul Pendua, pada September lalu.

Kumpulan yang dianggotai oleh empat wanita jelita, Nur Aini Hayati Mustafa (Aini), Khairin Najihah Hisham Muddin (Kyerin), Nurhusnina Haziqah Naharuddin (Nina),  dan Nurnajihah Azmi (Jay) itu merupakan artis di bawah naungan sebuah syarikat rakaman, Rhythm & Rhyme Entertainment.

Malah, lagu tersebut juga dihasilkan sepenuhnya oleh pasangan penyanyi terkenal, Bunga Cantik (Stacy) dan Hang Nadim (Akim Ahmad) serta lirik oleh Bunga Cantik.

Menurut Aini, JUITA telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Stacy dan Akim dalam menentukan hala tuju muzik dibawa.

“Sebetulnya kami semua tidak mempunyai pengalaman yang jauh dan lebih dalam bidang muzik ini. Jadi kami meletakkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan dalam menentukan hala tuju muzik JUITA bersesuaian dengan kelebihan dan perwatakan yang ada pada kami.

“Sebagai pengenalan dalam industri, lagu PENDUA ini adalah genre ‘pop dance’ ditambah kami juga minat dengan menari. Semoga semua lapisan peminat dan pendengar dapat menerima JUITA dan pastinya kami akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk mendapat tempat di hati mereka,” katanya.

Selain itu, Kyerin juga menganggap  proses rakaman lagu tersebut juga adalah pengalaman yang cukup berharga bagi mereka.

“Bagi kami, rasa teruja, and tak dinafikan memang susah sebab antara kami, boleh dikatakan ada yang tak biasa menyanyi. Selama ini, menyanyi sekadar suka-suka di karaoke saja. Jadi, apabila pertama kali merakam lagu ia satu proses dan pengalaman baharu buat kami.

“Akim dan Stacy banyak mengajar kami ketika di studio rakaman. Dalam keseronokan tetap rasa mencabar. Diakui agak susah juga, tapi kami berjaya melakukannya. Cuma, mungkin yang susah dan penat tu lebih kepada Stacy sebab dia kena duduk berjam lamanya serta sabar menjaga proses kami merakam lagu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nina menyifatkan ketegasan Akim dan Stacy ketika memberi tunjuk ajar juga adalah satu momen yang cukup berharga demi mengekalkan kualiti nyanyian mereka dalam menghasilkan lagu tersebut.

“Sikap tegas Stacy dan Akim tu, kami hormat sebab mereka mementingkan kualiti. Di samping itu, mereka bukan saja mengajar kami dari segi muzik, tapi secara tidak langsung banyak berkongsi cerita dan pengalaman mereka dalam industri, apa yang perlu kami jaga, bagaimana nak membawa diri termasuk pembentukan kami sebagai seorang insan dalam kehidupan. Pendek kata bukan tertumpu pada muzik saja,” jelasnya.

Jay turut menyatakan bahawa perbezaan karakter yang ada pada mereka menjadi salah satu kelebihan buat kumpulan itu disatukan.

“Ada yang maskulin, feminin, ‘boyish’, jadi itu semua agak berbeza daripada kumpulan wanita lain. Kami juga cuba untuk menjadi diri sendiri dalam setiap seni yang dibawa.

“Tambahan, konsep lagu kami pun agak berbeza dengan yang ada. Kelebihan lain yang kami ada juga ialah konsep yang berbeza yang ada di Malaysia sekarang mahu dari segi muzik dan personaliti dalam kumpulan,” katanya.

Terdahulu, JUITA telah disatukan selepas menyertai sesi uji bakat yang dijalankan oleh Rhythm and Rhyme Entertainment, pada April lalu.

Setakat ini, lagu yang berjudul Pendua itu telah meraih pelbagai pujian, bahkan sudah mencapai 73, 000 tontonan menerusi platform Youtube.

“Omg!!! First debut is EXCELLENT!! Tak pernah imagine lagu Melayu macam ni level international and yang penting tak cringe!!! Absolutely new song on my playlist! Congrats!

“Mereka sangat berbakat! Moga pihak pengurusan RnR Ent. dapat konsisten promote mereka ke semua platform dan beri mereka peluang buat live show di mana-mana acara komersial,” komen peminat mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

John Legend, Tayang T**** Isteri

Tindakan isteri kepada penyanyi terkenal itu adalah sesuatu yang berani. Ini kerana, Chrissy Teigen juga pernah melakukan pose bogel beliau dan menayang sebahagian payudaranya itu dianggap sesuatu yang biasa buat dirinya

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Charlie’s Angels 3 Lebih Moden?

Siri terbaru Charlie’s Angels ini menandakan era baru Hollywood yang semakin mempercayai bakat golongan wanita untuk mengarah filem berbajet besar dan mempromosikan kepelbagaian kaum kerana Scott berketurunan India manakala Balinska pula ialah aktres berdarah campuran.

Featured Thu, 30 Nov 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022

[VIDEO] Edar Makanan Kepada Gelandangan, Kerja Amal Iman Troye Dipuji Warganet.

Penyanyi Iman Troye melakukan kerja amal mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.   View this post on Instagram   A post shared by 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗬𝗦𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗨𝗗𝗜𝗡 🌻 (@imantroye) Menerusi perkongsian yang dimuat naik […]

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Trending Thu, 8 Mar 2018

Ku sangkakan kucing, bayi rupa-rupanya!

Tetapi semalam terdetik dalam hati saya meletakkan motosikal di hadapan surau dan ketika itulah, bayi berkenaan dijumpai…