Mungkin Ini Adalah Watak Paling ‘Win’ Buat Reen Rahim?

Pelakon Reen Rahim bukan sahaja cantik malah kelebihan memiliki riak wajah yang bengis membuatkan wataknya dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda semakin mendapat tempat dihati penonton dan peminat drama tempatan.

Watak Kak Su dalam PHK membuatkan nama Reen Rahim antara yang disebut-sebut setiap kali drama tersebut ditayangkan di kaca televisyen pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3. Karakter yang gila-gila dan lantang bersuara itu juga menjadi antara favourite penonton.

Bukan itu sahaja, loghat yang digunakan dan cara bertutur dalam bahasa Inggeris juga menjadikan watak Reen dalam PHK antara yang viral selain isu kontroversi sebelum ini membabitkan konti dalam drama tersebut, yang dianggap cuai sehingga netizen lantang bersuara menegur pihak produksi meminta mereka agar lebih teliti.

 

Selain itu, Reen dilihat memuat naik gambar di instagram miliknya beserta caption kelakar dan rata-rata followers mengambil kesempatan ini untuk meninggalkan komen dan ucapan tanda sokongan buat Kak Su.

Apapun, setakat ini drama Pujaan Hati Kanda mendapat maklum balas yang sangat positif daripada netizen. Jadi teruskan sokongan korang semua okay!
Kepada yang stuck kat jam tu, jangan risau korang masih boleh menonton gelagat Kak Su menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my atau terus ke www.tonton.com.my
Salma Syahbuddin