Hiburan By: SGMS Faida October 24, 2018 @ 2:30pm

#MuzikMuzik33: Hamil Tidak Halang Semangat Liza Hanim Di Pentas Separuh Akhir

Selain Siti Sarah, penyanyi Liza Hanim antara penyanyi berpengalaman yang membuat kemunculan semula dalam Muzik- Muzik 33.

Lagu bertajuk Mimpi ciptaan Hafiz Hamidun, manakala lirik Fedtri Yahya ini bakal dipersembahkan di pentas separuh akhir MM 33 bermula 9 November sehingga 23 November ini.

Biarpun sedang sarat mengandung, Liza tetap akan naik ke pentas dan berharap dapat memberi persembahan terbaik pada hari itu nanti.

“ Saya tidak meletak harapan yang tinggi, tetapi kalau lagu ini layak ke AJL 33…Alhamdulillah.

“ Pentas akhir AJL 33 masih lama lagi. Jika lagu Mimpi layak ke peringkat akhir, saya bersyukur. Tetapi saya masih belum terfikir mencari penyanyi ganti lagi,” katanya yang dijangka melahirkan anak pada Januari 2019.

Liza yang ditemui pada majlis sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-33 memaklumkan dia dijangka melahirkan anak lelaki, Januari 2019.

“ Syukur Alhamdulillah saya masih diberi tenaga yang baik sepanjang kehamilan malah tetap bersemangat untuk beraksi meskipun tarikh bersalin dah dekat,” katanya yang bakal menimang cahaya mata lelaki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Jadi Duta Produk ANAS Cosmetics, Ayda Terkejut Terima Bayaran Bukan ‘Harga Kawan’

Ayda yang bakal tampil dengan drama Andai Dia Bahagia yang ditayangkan di TV3 tidak lama lagi memberitahu biarpun selesa dengan tawaran menjadi ‘wajah rasmi’ produk, dia tetap aktif berlakon dan menyanyi.

Featured Fri, 23 Sep 2022
Featured Wed, 23 Nov 2022

“Saya Inginkan Exposure” – Berbanding Watak, Nabil Aqil Lebih Memilih…

Pelakon Nabil Aqil memberikan fokus kepada pemilihan stesen televisyen (TV) untuk mencipta nama dalam industri. Menurut Nabil, pemilihan stesen TV penting kerana dia mahu hasil kerjanya ditonton orang ramai. “Saya nak exposure, nak orang tengok! […]

Featured Fri, 27 May 2022
Hiburan Sat, 16 Sep 2023
Hiburan Thu, 11 Oct 2018

HyunA Posts Cute Pictures of Date with E’Dawn in Japan

They look like any cute couple in love.

Featured Thu, 29 Sep 2022

[VIDEO] Fizz Fairuz Jaga Almy Nadia Berpantang Cuit Hati Netizen – “Suami Contoh, Siap Ada Nama Dekat Baju Scrub”

Comel je pasangan bahagia ni 😚 Cukup package kan Datuk Fizz Fairuz ni? Kelakar, baik, pandai ambik hati isteri ❤️ Moga dipermudah segalanyaa

error: Content is protected !!