Featured By: Salma Syahbuddin February 21, 2023 @ 6:00pm

Nabil Ahmad Minta Sertai Pertandingan Nyanyian, Ini Respons Mas Idayu – “Bagi Mummy Itu Memang Bod*h”

“Bagi Mummy itu soalan bodohlah, memang bodoh”

Demikian kata penyanyi Mas Idayu selepas diminta untuk menyertai pertandingan realiti nyanyian menerusi temua bual bersama penyampai radio popular, Nabil Ahmad baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun, 51, menegaskan, adalah lebih logik sekiranya pertanyaan yang diajukan itu ditanyakan kepadanya 12 tahun lalu ketika dirinya masih tidak dilantik untuk menjadi juri bagi mana-mana pertandingan.

“Bagi Mummy itu memang bodoh, untuk Mummy yang sudah 33 tahun dalam industri, awak nak suruh sebenarnya dalam 12 tahun lalu kot, masa zaman belum betul-betul establish.

“Tapi masa tu bukan Mummy tak ada nama tetapi, Mummy rasa masih boleh masuk mana-mana pertandingan,” katanya.

Sementara itu, Mas Idayu menjelaskan berkaitan tanggapan netizen terhadap kredibiliti nyanyiannya selepas memberikan komen terhadap peserta pertandingan nyanyian baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Famili Duo: “Saya Alukan Netizen Maki Saya, Asalkan Jangan Ganggu Peserta” – Kontroversi Sissy Imann, Mas Idayu Dedah Dipanggil B*bi, C*laka, S*al & Anj*ng

ARTIKEL BERKAITAN:Famili Duo: Sangkal Dakwaan Kecil Hati Dengan Komen Mas Idayu, Sissy Imann Menangis Kecewa Dengan Diri Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN:Pernah Dikritik ‘Ada Nampak Mummy Happy?’, Baby Shima Rasa Mas Idayu Ikhlas & Tak ‘Fake’ Dalam Penjurian

Menurutnya, dia sudah berada dalam kelasnya tersendiri sekaligus menganggap menyertai pertandingan nyanyian boleh menjatuhkan tahapnya sebagai seorang juri.

“Kalau kau rasa dah tahap mana-mana artis yang pernah menjadi juri tapi bukan juri jemputan lah maksudnya, jadi juri yang tetap, kekal dan sentiasa dipanggil untuk mana-mana program, jadi tak sesuailah nak sertai pertandingan, korang jangan nak jatuhkan level lah,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Mas Idayu sebenarnya takut apabila diminta untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian, malah bagi mereka tiada istilah jatuhkan tahap juri sekiranya dia berani untuk menyahut cabaran netizen.

 

@era.je Nah, bukan @azadsyaziraroses je kena sound, @nabilzira pun kena jugak sebab dia ajak Mummy @masidayu1001 join Gegar Vaganza 10. Ni jawapan dari Mummy guys, mummy kata dia dah 30 tahun dalam industri dan konsisten jadi juri untuk show-show besar, takkan dia nak rendahkan martabat diri dia. 😄 #sharERA #3PAGIERA ♬ original sound – ERA

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya. @kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

TAK PERNAH KISAH PUN VIDEO MUZIK ABANG NAK TEGUR TAK LAKU – SAJAT

Setelah melihat dan mendengar sendiri lagu tersebut, ternyata benarlah dakwaan bahawa suara Sajat menjadi punca video muzik ini lantas menerima kutukan dan dislikes daripada netizen

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

T***k Fasha Pula Jadi Bualan!

Ia tetap menjadi kecaman netizen walau pun tidaklah nampak sebesar Elly Mazlein kan!

Fab Foodies! Mon, 11 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Sup Kambing Berempah

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirai beberapa hari lagi, resepi ini mungkin ini boleh dijadikan pilihan untuk juadah berbuka puasa hari ini. Penggemar daging kambing, tunggu apa lagi, yuk pekena Sup Kambing Berempah petang ini.  Bahan- Bahannya;

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Tukar Angin, Black Mahu Jadi Penyanyi Nasyid?

Black pernah menghasilkan lagu berkonsep kerohaniaan bersama kumpulan Rabbani sebelum ini. Semoga dipermudahkan, Black!

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Heroin Winter Sonata, Choi Ji Woo Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Lama tak nampak kemunculan Ji Woo di kaca tv kan?

Featured Fri, 19 Oct 2018

| Live TV