Featured By: Aqilah Paharuzi March 26, 2022 @ 6:36pm

Nabil Ahmad Tak Tinggalkan Karier Seni – “Saya Berniat Nak Bawa Rakan Selebriti Mengenali Tujuan Sebenar Hidup di Dunia”

Pengacara terkenal Nabil Ahmad mengakui tidak mahu meninggalkan karier seni yang telah lama menjadi medan dalam mencari sumber pendapatan.

Namun, jelas Nabil, sebagai seorang individu yang sedang mempelajari selok-belok mengenai maksud kehidupan sebenar dan mencari jalan diredai oleh-Nya, pengacara itu seakan tidak menafikan dia ada mencuba untuk membawa diri.

“Kita pun tahu kita kalau duduk di sesuatu tempat yang sama takut terlekat dan ikut dalam hati nanti susah.

“Kita dah belajar maksud hidup, jadi kalau kita tak ke arah itu nak membawa diri kita keluar dari satu suasana ke suasana yang di mana Nabi SAW anjurkan dan Allah SWT pun nak kita berada di situ, jadi salahlah kalau kita tak cuba untuk bawa diri.

“Tapi, bukan saya nak kata kerjaya seni ini teruk, kami (Nabil & Saharul) tak nak tinggal pun sebab itu adalah medan kami,” katanya.

Nabil ditemui di majlis perasmian restoran HumanGang Steakhouse kolaborasi bersama Saharul Ridzwan di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) pada Rabu.

Nabil turut menegaskan bahawa mereka berdua berniat untuk membawa usaha dakwah dengan mengajak rakan-rakan selebriti untuk turut sama mendekati dan mengenali Allah SWT, mencintai Rasulullah SAW supaya mereka tahu tujuan sebenar kehidupan.

“Kami (Nabil & Saharul) sebolah-bolehnya nak bawa usaha dakwah, nak bawa rakan-rakan kami dalam industri seni ini untuk sama-sama dengan kita lebih kenal Allah SWT, lebih cinta Nabi SAW dan supaya mereka dapat tahu maksud sebenar tujuan hidup kat dunia ini.

“Dunia ini bukan tujuan hidup maksud yang sebenar, tetapi akhirat adalah tujuan hidup yang sebenar. Maksud hidup kita macam mana nak bawa orang keluar daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat,” katanya.

Perkara itu turut dipersetujui oleh Saharul yang setia mendengar penjelasan Nabil mengenai isu bidang lakonan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai bidang perniagaan, Saharul memaklumkan ini adalah salah satu usahanya untuk mempunyai pilihan dalam mendapat sumber rezeki di mana selama ini bergantung hanya pada dunia lakonan.

“Jadi, kami berharap perniagaan ini dipermudahkan dan dimajukan oleh Allah kerana kami tak mahu mengharap pada satu pendapatan saja.

“Maksudnya, kami diberi pilihan untuk memilih contoh macma saya dahulu pilihan pendapatan yang saya ada hanya berlakon, tetapi bagi ada ruang supaya kami boleh pilih yang betul,” katanya.

Tambah Nabil yang sempat menyelit dan bersetuju dengan kenyataan Saharul itu, dia menyifatkan keadaan industri hiburan yang penuh dengan drama dan cerita yang dipercayai kadang kala tidak berpatutan, mereka boleh mengelak dan memilih untuk tidak ambil.

“Contoh macam Saharul, seorang pelakon kalau tak ada sumber rezeki yang lain nanti terpaksa ambil apa saja cerita jadi tidak menyenangkan.

“Allah memang ada cakap rezeki datang jangan ditolak, tetapi Allah bagi kita akal untuk berfikir dan pilih.

“Kalau yang tak baik ini bukan Allah tak bagi, Allah izin tapi kita yang menentukan sama ada nak buat ataupun tidak.

“Jadi dengan keadaan sekarang macam-macam cerita dan drama diterbitkan, jadi kalau kita boleh elak, Saharul pun ada pilihan lain, jadi kenapa tidak kan,” dedah Nabil.

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jan 2024

Puteri Aishah Hamil Anak Pertama!

Alhamdulillah yeay, tahniah Puteri and husband! đŸ«¶đŸ»

Featured Wed, 10 Aug 2022
Featured Fri, 13 Apr 2018

Intip Telefon Suami Boleh Kena Denda Setengah Juta. Biar Betul?

Mungkin ada segelintir dalam kalangan anda yang ‘mengintip’ telefon bimbit pasangan. Yela, mana tahu ada menyimpan kekasih gelap dalam diam ke?

Featured Thu, 14 Jun 2018
Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Nadia Brian Dilamar Di Kota Paris, Romantiknya!

Jika betul bagai apa dikata, Selamat Pengantin Baru Nadia Brian!

Trending Thu, 24 Jun 2021

Rossa Alami Kerugian Hampir RM300,000 Gara-Gara Positif Covid-19

Penghibur terkenal Indonesia, Datuk Rossa terpaksa menanggung kerugian berjumlah 1 bilion rupiah (RM288,234) selepas disahkan positif COVID-19. Mendedahkan dirinya pernah dijangkiti virus berkenaan, nilai kerugian terbabit terpaksa ditanggung kerana dia terpaksa menolak banyak tawaran persembahan […]

Hiburan Thu, 6 Apr 2023

Puteri Sarah Bakal Fail Pembelaan Tuntutan Nusyuz

Puteri Sarah Liyana bakal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz.

Featured Mon, 19 Sep 2022

Terpaling Juara: Berada Di Bottom 2, Shaz Tak Putus Semangat!

Its okay Shaz! Tema duet Minggu ke-6 bangkit ok? đŸ’ȘđŸ»đŸ’ȘđŸ»