Idam Watak Gay, Nabil Aqil Terima Salam Perkenalan Kaum Sejenis – “Saya Risau Kalau Ada Perempuan…”

Pelakon Nabil Aqil mendedahkan terima gangguan dari golongan homoseksual gara-gara idam watak lakonan sebagai seorang gay.

Memetik laporan Utusan, meskipun begitu, dia merasa lega kerana ia sekadar mesej ingin berkenalan dan bertanya khabar.

Namun, Nabil akui bimbang jika wanita menganggap dirinya seorang gay kerana dia masih tidak mempunyai teman wanita.

“Semua yang DM di Instagram adalah lelaki. Tapi mereka tidaklah menuduh saya gay, cuma menyangka saya ‘sesuatu’.

“Saya tahu punca kenapa mereka berbuat demikian, saya pun sudah buat kenyataan tentang itu (watak gay).

“Tapi setakat ini tiada yang melampau. Saya cuma risau kalau ada perempuan menyangka saya gay, sebab buat masa ini saya masih single,” katanya.

Sementara itu, Nabil menjelaskan watak tersebut mempunyai cabaran tersendiri dan membuka peluang untuk merangkul anugerah sekiranya watak itu berkesan.

“Contoh seperti pelakon Gambit Saifullah yang menang anugerah gara-gara lakonannya menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.

“Saya yakin saya boleh bawa watak lembut sebab saya sudah observed golongan ini,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Aqil Mahu Cabar Diri, Idam Watak ‘Cinta Sejenis’ – “Jangan Takut Ambil Saya Untuk Watak G*y”

Maya Basir