Hiburan By: SGMS Enal November 23, 2017 @ 2:57pm

Nabil Hilang Hormat Pada Chef Wan Selepas Dikritik

Chef Wan ada memuatnaik satu status menerusi Instagram yang mengkritik cara pengacaraan Nabil Ahmad ketika mengendalikan program Gegar Vaganza yang dilihat sebagai biadap dan tidak hormat orang tua.

Selepas status itu dimuatnaik, Nabil Ahmad ada memberikan respons melalui satu video mengatakan beliau terima kritikan tersebut namun meluahkan rasa kurang senang dengan cara Chef Wan yang menjadikan perkara itu pengetahuan umum.

“Kata-kata yang dimuat naik di laman Instgaram itu sudah melampau kerana menuduh saya sebagai punca anak-anak kurang ajar. Itu satu isu besar dan serius terutama bila dia hanya menyerang saya seorang, bukannya team Gegar Vaganza

“Semalam peguam menghubungi saya berkaitan hal itu dan menganggap kenyataan beliau berunsur hasutan dan menyediakan ruang untuk orang membenci saya,” ujarnya

“Kalau ikut saya memang saya tidak mahu layan tapi peguam yang menjaga kerjaya saya menganggap ia sebagai sesuatu yang serius dan merosakkan reputasi,” tambahnya.

Nabil Ahmad juga mengakui yang beliau sudah hilang hormat terhadap Chef Wan selepas kritikan negatif sebegitu datang dari individu terpengaruh seperti dirinya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Mar 2024
Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Waris Mengaku Tak Minat Berlakon, Nak Fokus Bidang Nyanyian

Dalam perkembangan lain, Waris kini sedang sibuk menyiapkan karya terbarunya yang dijangka menemui peminat paling lewat pada hujung tahun ini.

Hiburan Sat, 7 Dec 2019

Kembali Ke Set, Izara Aishah Letak Syarat?

Mesti rindu nak tengok Izara kembali berlakon, kan?

Hiburan Mon, 26 Feb 2024

Afifah Nasir Kini Tunangan Orang

Tahniah Afifah dan tunang!

Featured Wed, 1 Mar 2023

“Suami Tak Tegur Ke?” – Kain Terbelah Paras Betis, Penampilan Uqasha Senrose Ditegur.. Ini Respons Tuan Badan

Amboiiii, jahatnya mulut 🥵 Pelan pelan la kan berubahh, takpa Uqasha tetap cantik dimata Min ❤️