Hiburan By: SGMS Faida May 15, 2019 @ 4:29pm

Nabila Huda Bawa Anak Sambut Hari Jadi Cara Berbeza

Sambutan hari kelahiran anaknya, Keisha Laila yang kesembilan, Ahad lalu diraikan pelakon berkarakter, Nabila Huda sedikit berbeza.

Mengambil keberkatan Ramadan, Nabila membawa anak kesayangannya itu ke Kemboja untuk menyertai kembara amal dengan menyelami kehidupan masyarakat Islam di negara itu.

“Selain dapat merasai pengalaman berpuasa di tempat orang, saya mahu mendidik Keisha supaya tidak lupa membantu insan yang kurang bernasib.

“Kebetulan, saya pernah mengunjungi sebuah perkampungan di sana, jadi saya menghubungi semula kenalan untuk melunaskan misi amal ini.

“Di samping bercuti, saya berharap Keisha dapat belajar menghargai erti kehidupan dengan melihat kesusahan orang lain,” katanya.

Nabila yang berkunjung ke negara itu Isnin lalu berkata, Keisha begitu teruja mengikuti beberapa aktiviti yang disusun, termasuk penjagaan kebersihan, selain menyediakan hidangan berbuka puasa.

“Kami mengajar kanak-kanak di perkampungan terbabit kepentingan menjaga kebersihan dengan menyediakan keperluan seperti ubat membasmi kutu.

“Meskipun berdepan masalah komunikasi kerana berbeza bahasa, saya tetap berusaha memberi penerangan menggunakan isyarat dan lenggok tubuh. Alhamdulillah, mereka menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka,” katanya.

Pelakon berusia 35 tahun itu berkata, dia juga tidak dapat melupakan pengalaman ketika mahu berangkat ke negara itu, Isnin lalu.

“Suami, Izwan Johar terpaksa menangguhkan perjalanan ke Kemboja kerana barangan yang mahu dibawa melebihi had berat yang dibenarkan.

“Dia hanya bertolak, kelmarin kerana perlu menguruskan barangan yang ditinggalkan. Memang mencabar kerana suami sepatutnya memandu ke kawasan kampung yang agak terpencil itu.

“Syukur kerana rakan baik saya, Niesa Khalil sanggup mengambil alih tugas itu dan memberanikan diri memandu dan meredah gelap untuk sampai ke kampung itu.

“Walaupun hampir bergadai nyawa, apatah lagi rombongan kami semuanya wanita, pengalaman ini akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya.

Nabila berkata, dia puas melihat wajah penduduk kampung yang begitu berselera menjamah hidangan yang disajikan ketika berbuka puasa.

“Sudah lama saya berhasrat untuk memasak dan menjamu mereka yang memerlukan. Walaupun penat, usaha saya itu berbaloi apabila mereka begitu berselera menikmati hidangan yang disediakan,” katanya.

Bagi merasai sendiri pengalaman hidup di kawasan pedalaman, Nabila dan keluarga memilih untuk tinggal bersama penduduk di kampung terbabit.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

This Female K-POP Idol Actually Wants to GAIN Weight!

She said she’s 50kgs but wants to gain more.

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Izzue Islam Tak Mahu Tangguh Lagi, Bakal Jalani Ujian Kesuburan

Izzue Islam memaklumkan sudah merancang berjumpa doktor bagi menjalani ujian kesuburan pada tahun ini.

Featured Thu, 2 Mar 2023
LIFESTYLE Mon, 2 Jul 2018

Ronaldo Terus Tinggal Di Russia?

Pelukis mural, Yulia Antipova telah mengabadikan wajah pemain terbaik dunia itu di salah sebuah dinding di kejiranan bandar berkenaan.

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Fri, 5 Apr 2024