Nabila Huda Berang Dengan Lelaki Rogol Remaja OKU, Cadang Hukuman Potong Kemaluan?

Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa marah dengan seorang lelaki yang mengaku bersalah merogol gadis remaja orang kurang upaya (OKU).

Menerusi perkongsian di Instagram Harian Metro, Nabila meninggalkan komen yang berunsur kata-kata kesat terhadap tindakan terkutuk lelaki tersebut.

Malah, dia turut memberi cadangan untuk memberi hukuman yang lebih berat bagi kes rogol seperti memotong kemaluan mereka supaya memberi kesedaran kepada orang ramai.

Meninjau reaksi orang ramai, rata-rata netizen turut bersetuju dengan cadangannya untuk mengenakan hukuman seperti itu.

Namun, ada juga yang mengatakan hukuman sebatan yang dijatuhkan sudah cukup sakit sehingga boleh mematikan rasa nafsu seseorang.

“Setuju! Mana kes rogol potong kemaluan!

“Sabar sis. Kena rotan tu pun dah pedih yang amat.

“Dari dulu lagi sokong kalau hukuman macam tu. Biar yang lain tu ambil iktibar,” komen netizen.

Sekadar info, tertuduh, Asmirul Shaqirin Sazali, 27, bukan sahaja merogol malah turut mengaku meliwat dan melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 13 tahun dan dijatuhi hukuman penjara 19 tahun serta lapan sebatan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat.

Maya Basir