Categories: HiburanSelebriti

NABILA RAZALI KENA TUMBUK?

Penyanyi Pematah Hati ini sering kali mendapat kecaman selepas video gimik beliau viral di laman sosial. Dan, beliau katanya sudah lali dengan perkara tersebut.

Namun, beberapa hari lepas Nabila sendiri terkejut kerana menerima mesej berbaur ugutan di laman twitter beliau yang mengatakan ada seorang individu yang mahu menumbuk mukanya kerana membuat bising di dalam MRT.

“Saya cuma menyanyi di dalam MRT tempoh hari atas undangan pihak TV3 bagi mempromosikan Anugerah Juara Lagu. Tapi perkara itu disalah ertikan oleh segelintir netizen yang menganggap saya sengaja membuat bising.” 

“Ada salah satu tweet tu ditulis nak tumbuk saya kalu jumpa saya di sana. Kenapalah sampai nak tumbuk, bukan saya buat salah pun. Train yang kami naik itu pun train khas yang digunakan untuk kempen pertandingan AJL dan langsung tidak mengganggu orang lain.”

Bagi Nabila, walaupun merasakan keselamatan beliau terancam dengan status netizen tersebut dia pada awalnya ingin membuat laporan polis. Namun, membatalkan hasratnya itu selepas berbincang dengan pihak pengurusannya. 

Salma Syahbuddin