Categories: HiburanSelebriti

Nad Zainal Sarat Hamil, Fasha Sandha Sempat Usap ‘Baby Bump’ Untuk Ambil Berkat

Pelakon jelita Fasha Sandha tampil berkongsi perkembangan terkini aktres Nad Zainal yang kini sarat hamil ketika berniaga di Ekspo Singapura, semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Fasha menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Fasha sempat meluahkan rasa teruja kerana dapat berniaga bersebelahan dengan booth rakan baiknya itu.

“Ehh berjiran dengan Kirana 😂 Ada ke yang rindu Kirana and Miralove?,” tulisnya.

Sementara itu, Fasha juga sempat mengusap perut atau ‘baby bump’ Nad sebagai tanda untuk mengambil berkat.

“Ambil berkat,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut menerima pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Fatin Nurain