Nafi Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Sharon Paul Hanya Menanti ‘Greenlight’ Rusdi Ramli Untuk Berpisah?

Isteri kepada pelakon Rusdi Ramli, Sharon Paul tampil menafikan dirinya bersama suami sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

Menurut Sharon yang juga merupakan seorang komposer, dia dan Rusdi masih lagi sah bergelar suami isteri namun tidak menafikan sedang melalui fasa yang sukar dalam rumah tangga.

“Anak saya dah besar, suami saya Rusdi Ramli masih mengarah dan berlakon tapi saya tak pasti apa yang berlakon. Saya tak tahulah dia macam tak bersemangat.

“Bagi saya, saya akan mencari benda baru kalau tak boleh buat ini, buat itu untuk teruskan hidup kita. Tapi saya tengok dia macam sendu sahaja.

“Kami masih tinggal sebumbung dan masih bergelar suami isteri tapi mungkin dia tengah lalui sesuatu sekarang. Mungkin sebab tiada job ke banyak kerja jadi dia pun down.

“Kami tak boleh berkomunikasi dan saya tahu lelaki ni tak boleh desak jadi saya hanya bagi dia masa dan ruang,” katanya.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Sharon mengakui dirinya hanya menanti lampu hijau atau ‘greenlight’ dari suaminya, Rusdi untuk berpisah memandangkan dirinya sudah terbiasa berdikari.

“Bagi saya, saya utamakan anak-anak. Anak bongsu saya, Rayyan dia 11 tahun. Dia selalu nak kami jadi keluarga. Jadi saya hanya tahan jelah.

“Saya rasa semua perkahwinan melalui fasa itu. Bukan gaduh tapi lebih kepada memberi ruang kepada satu sama lain. Sebenarnya, saya hanya menunggu greenlight daripada dia.

“Saya tak kisah tentang itu sebab saya sangat berdikari. Saya tak bergantung pada apa status saya, saya dah hidup berdikari terlalu lama.

“Mungkin, saya hanya menunggu anak-anak. Selepas anak-anak habis sekolah dan tak perlukan kami bersama, apa yang baik sekarang bila dia ada di rumah. Saya selalu habis kerja lambat, so sangat bagus bila Rusdi yang uruskan anak,” jelasnya.

Sumber: Melodi TV3

 

Fatin Nurain