Featured By: Aqilah Paharuzi October 17, 2022 @ 5:41pm

“Nak Bawa Beg Sekolah Pun Tak Larat” – Almy Nadia Berang Guru Sekolah Anak Suruh Kurus

Pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa kesal selepas puteri sulungnya, Nur Afrina Arianna, 7, disuruh kurangkan berat badannya oleh guru di sekolah.

Isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz itu berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurutnya, selepas pulang dari sekolah anaknya itu tidak mahu makan kerana bimbang dimarahi cikgu.

“Dia kata dia tak nak makan, sebab nak kena kurus.. Cikgu suruh kurus… Ni dia mak hang bising. Ambik hang! Marah betul mama hang tau bila ada orang suruh anak hang kurus!

“Ini dah susut banyak tau sebab dia sekolah pagi petang penat sekolahnya,” ujarnya dalam nada berang.

Menerusi hantaran sama, Almy memuat naik video memaparkan anaknya seperti dalam keadaan ketakukan dan tidak mahu makan nasi yang sedia terhidang.

“Dia kata kena ikut arahan cikgu nanti kena denda sebab cikgu suruh kurus. Nanti dia kena marah dekat sekolah.. Mama hang naik hantu harini.

“Tunggu Isnin mama hang p panjat sekolah jumpa cikgu mana yang suruh kurus tu.. Hampa sibuk nak suruh anak aku kurus. Last-last anak aku nak bawa beg sekolah pun tak larat faham? Aku marah harini,” tulisnya.

Namun begitu, entri tersebut telahpun dipadam oleh Almy di Instagram miliknya.

Sebelum ini, Almy Nadia pernah menerima kecaman yang mengkritik badannya dengan kata-kata keji segelintir netizen.

Artikel Berkaitan: “Mungkin Dia Kurang Kasih Sayang, Kehidupan Dia Sedih Sangat..” – Teruk Kena Body Shaming, Almy Nadia Doakan Pelaku Temui Kebahagiaan

Artikel Berkaitan: “Sukanya Penampilan Baru Datin.. Makin Berserti!” – Manis Berhijab, Netizen Doakan Almy Nadia Istiqamah

Artikel Berkaitan: Jalani Pembedahan Akibat Hamil Luar Rahim, Almy Nadia Kini Stabil

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizz Fairuz Jaga Almy Nadia Berpantang Cuit Hati Netizen – “Suami Contoh, Siap Ada nama Dekat Baju Scrub”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 21 Apr 2020
Featured Tue, 18 Oct 2022

Beri Dua Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman ‘Berani’ Kritik Busana Aina Abdul?

Alamak, pedas jugak Azhar komen pasal busana Aina Abdul… Fuhhh 🥵🥵

Featured Mon, 9 Aug 2021

“Akak Bagi Free Je, Awak Adik Akak” – Dedah Perbualan Dengan Siti Sarah, Uqasha Senrose Terkilan Hajat Tak Kesampaian

Berita pemergian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin memberi kesan yang mendalam buat ramai yang pernah mengenali beliau secara dekat termasuk pelakon jelita, Uqasha Senrose. Uqasha yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi mendedahkan hajatnya untuk […]

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

黄浚维授勋神山效忠星章!沙洲首华裔男歌手获殊荣

黄浚维授勋神山效忠星章,成为沙巴洲首位华裔男歌手获殊荣。

Trending Fri, 25 Dec 2020

Tahniah… Tasha Shilla Hamil 5 Bulan!

Wah, hamil anak sulung!

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Thu, 15 Aug 2019