“Nak Cop 5 Lagu Terus Dengan Floor 88” – Mahu Jadi Penyanyi, Iqbal Zulkefli Siap Tawar RM500,000

Selepas kisah cintanya bersama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) tidak kesampaian, Ahmad Iqbal Zulkefli,  kini mengambil keputusan untuk menjadi penyanyi pula.

Menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, Iqbal akui keliru untuk memilih komposer lagu terbarunya itu kerana setakat ini lebih 50 komposer besar menawarkan lagu termasuklah beberapa band terkenal dari Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Andai Kekasih Saya Seorang Pelac*r Atau Miskin Saya Boleh Terima Jika…” – Iqbal Dedah DSV Siap Tawar Kereta RM3 Juta

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Wanita Pertama & Terakhir Yang Saya Sentuh” – Komen Iqbal Menerusi IG Live DSV Undang Spekulasi

Tambahnya lagi, dia tidak boleh menunggu terlalu lama sehingga memakan masa satu bulan kerana mahu segalanya siap dalam minggu hadapan juga termasuklah lagu dan juga muzik videonya itu.

“Paling awal pun sebulan untuk siapkan semua. Namun saya perlu kejar masa kerana banyak hal lain perlu disegerakan juga.

“Paling lewat pun minggu hadapan lagu saya sudah dilancarkan bersama video muzik,” katanya.

 

“Biarpun berjuta orang tidak percaya pada saya…”

Malah, Iqbal mengakui tidak kisah jika dijadikan bahan permainan ataupun ejekan orang ramai kerana beliau sentiasa percaya bahawa kerja keras pasti akan membuahkan hasil.

“Meskipun dijadikan bahan permainan orang ramai, saya janji tidak akan merosakkan industri muzik tanah air.

“Biarpun berjuta orang tidak percaya pada saya, jika keinginan diri teguh, saya sanggup tempuh,” ujarnya.

Sementara itu, Iqbal juga memberitahu sudah menghubungi Kumpulan Floor 88 bagi menghasilkan lagu terbarunya itu.

“Saya mahu cop buat lima lagu terus dengan Floor 88 kerana kejujuran. Katanya bajet untuk terbitkan lagu tidak setinggi RM500,000.

“Saya mahu balas budi mereka pernah bagi maggi waktu saya kelaparan di hostel Aswara dulu,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semak! Jijik! Marketing Lubang J*b*r…”- Gara-Gara Kisah Cinta DSV & Iqbal, Diva AA Mengamuk Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: “Bapak? Bapak? Bapak Kau! No Money No Talk…” – Bakal Dapat Bapa Tiri Baharu, Kacak Akhirnya Buka Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dengan Iqbal Memang Tak Ngam, Selalu Gaduh” – Cik B Tak Setuju DSV Nak Nikah Dengan Bekas PA

Salma Syahbuddin