Hiburan By: SGMS Faida May 8, 2019 @ 10:50am

‘Nak Guna Gambar Tak Salah, Tapi…’- Azhan Rani Tegur Peniaga

Penangan drama Nur dan Nur 2 lalu, ramai pelakonnya menjadi ‘pelaris’ dan model iklan tak berbayar segelintir peniaga tempatan.

Antara yang menjadi mangsa ialah pemegang watak Ustaz Hamadi, pelakon Azhan Rani yang secara terbuka menegur dan mengecam tindakan mereka menyalah guna gambar pelakon tanpa izin untuk melariskan produk sejak beberapa hari lalu.

“Walaupun bukanlah isu besar negara pun, tetapi aku anggap perkara ini sudah selesai. Rata-rata pemilik produk dah pun buat permohonan maaf.

“Ada yang DM senyap-senyap, ada yang ‘publish’ terus di media sosial. Insya Allah, setulus ikhlas aku maafkan,” tulis Azhan di laman sosialnya, semalam.

Bagaimana pun, dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang walaupun ada pihak menawarkan diri mahu membawa kes itu ke mahkamah.

Bagi pelakon itu, matlamat utama dia menegur sikap mereka adalah untuk mewujudkan kesedaran dan menghormati hak orang lain.

“Pentingnya minta izin, nak guna gambar tu tak salah. Bukan gambar aku saja, gambar siapa-siapa pun asalkan minta izin dan tuan punya tahu terlebih dulu.

“Kalau betul caranya izin tu, boleh saja bagi percuma. Itu saja ‘point’ aku,” luah Azhan berharap teguran ini adalah terakhir daripadanya.

Dia juga meminta maaf kepada pemilik produk yang menawarkan produk secara percuma kepadanya sebelum ini.

Katanya, dia tidak boleh menerima tawaran itu kerana berasakan ia lari daripada tujuan asalnya.

Harapannya, agar para peniaga menyampaikan kesedaran itu kepada semua wakil penjual mereka.

“Buat yang menggelabah ‘cipan’ nama produk korang terpampang di dalam ‘posting’ aku, maaf aku kena buat macam tu dan sebab itulah ‘owner’ produk korang sudi ‘reply’ aku.

“Insya Allah, mereka janji untuk memberi kesedaran kepada ejen produk mereka,” tulis Azhan lagi.

Dia berharap mereka tidak mensia-siakan ilmu berguna ini ke dalam latihan keusahawanan mereka dan beringat apa saja tindakan mereka akan memberi kesan kepada ejen-ejen lain dan produk mereka sendiri.

Sejak beberapa hari lalu, Azhan melalui laman sosial, rancak menegur dan mengecam tindakan segelintir peniaga yang secara terbuka mengambil kesempatan dengan menyalah guna foto watak Ustaz Hamadi untuk melariskan produk mereka.

Antara jenis produk yang dikesan Pelakon Terbaik Anugerah Drama Festival KL 2018 lalu itu adalah penjual produk penapis air, serum kecantikan dan bantal.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Lufya Siap Sedia Buat ‘Come Back’

Maklum saja sudah dua tahun saya tidak berlakon dalam mana-mana drama kerana banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anak.

Hiburan Sat, 22 Sep 2018
Hiburan Fri, 27 Dec 2019
Hiburan Thu, 22 Aug 2019
Hiburan Thu, 25 Apr 2019

Sisi Matang Aziz Harun Dalam ‘Jauh’

Selepas kejayaan ‘Senyum’ dan ‘Jangan’, Aziz Harun kembali dengan single terbaru berjudul Jauh. ‘Jauh’ mengisahkan tentang hubungan yang tidak berhasil dan menerusi liriknya, Aziz menggambarkan usahanya untuk mengekalkan hubungan itu, namun perkara-perkara yang diharapkannya itu tidak […]

Featured Wed, 28 Dec 2022

Kongsi Ilmu & Nasihat, Warganet Beri Penghargaan Kepada Hana Ismail – “Memang Tengah Nangis Ni, Terima Kasih…”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengacara Hana Ismail yang memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada pengikut di laman TikTok miliknya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Hana memberi semangat kepada mereka yang sedang berada […]

Hiburan Thu, 21 Dec 2023