Nak Jual Akaun Instagram Dengan Harga Setengah Juta, Aliff Syukri Dah Muncul Semula Menari Pegang Batang Mop – “Baru Je 4 Hari Undur Diri”

Selepas terpalit dengan beberapa isu, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengumumkan untuk berundur dari media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:“Desperate Nak Popular, Sampai Dah Macam Pelakon L*cah!”- Aksi Ghairah Aliff Syukri & Baby Shima Bergelek Dikecam Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi Guna Gambar Orang! Selepas Menangis Nak Undur Diri Dari Media Sosial, Jejaka Ini Tampil Pecahkan Tembelang Aliff Syukri

Beberapa jam lepas, Aliff Syukri telah membuat sebuah hantaran di Insta Story miliknya memaklumkan bahawa dia ingin menjual akaun Instagram miliknya dengan menawarkan harga RM500,000.

Menerusi hantaran tersebut, Aliff meminta individu yang berminat untuk membeli akaunnya itu boleh menghubunginya di direct message (DM).

Meninjau di profil Instagramnya, hanya terdapat sebuah video yang telah dimuat naik. Video tersebut mempromosikan muzik video kontroversi, Baby Sayang sambil memegang batang mop.

Akaun peribadi Aliff Syukri itu memiliki seramai 4.3 juta pengikut.

Terdahulu Aliif Syukri telah mendapat perhatian ramai wargamaya termasuk pendakwah bebas gara-gara video yang dimuat naik bersama Baby Shima membawa kepada aksi lucah.

Atiqah Johari