Nampak Leher Dan Telinga, Fesyen Hawa Rizwana Dikritik Netizen – “Makin Lama Macam Tak Kena Gaya”

Umum mengetahui personaliti TV, Hawa Rizwana kini semakin sukses apabila mengendalikan program hiburan di sebuah stesen TV berbayar sejak penghujung tahun lalu.

Terkini, Hawa atau pemilik nama sebenar Hawa Rizwana Ahmad Redzuan itu sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila gaya fesyennya di program tersebut dikritik, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di media sosial program hiburan tersebut, Hawa dilihat mengenakan busana bewarna merah jambu berserta hijab rona kuning muda.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah rata-rata netizen mengkritik penampilan bekas penyampai berita TV3 itu dengan mengatakan gaya tersebut tidak sesuai dengan imej wanita berhijab.

Malah, ramai juga mendakwa fesyen Hawa semakin lama semakin berani apabila gaya hijabnya pada program tersebut dikatakan menampakkan leher dan telinganya.

Lebih mengejutkan, ada juga mendakwa Hawa ibarat mangsa fesyen dan memintanya untuk melantik penata gaya yang sesuai.

Untuk rekod, Hawa sebelum ini juga pernah terpalit dengan isu sama apabila tampil berani dengan mengenakan seluar ketat di sebuah acara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ketat Sangat Tu Sis” – Netizen Tegur Penampilan Hawa Rizwana

Khairil Khusyairi