Hiburan By: SGMS Faida August 21, 2019 @ 8:13am

Namron Cipta Mantera Panggil Pontianak?

Pelakon Namron mendedahkan terpaksa mengolah semula mantera dalam filem Dendam Pontianak.

Akui Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan yang melakonkan watak bomoh, jampi mantera yang digunakan dalam filem diolah sendiri memandangkan tiada di dalam skrip.

“Saya elakkan mengguna mantera sebenar yang boleh didapati dari kitab lama kerana ia boleh mendatangkan bahaya dan memesongkan akidah.

“Jadi saya olah sendiri dan sampaikan dalam cara tersendiri supaya penonton sukar faham apa yang saya sebut dan mereka tidak pertikaikan bacaan mantera itu,” katanya ketika ditemui di sidang media Dendam Pontianak yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Namron memberitahu dia juga banyak mengamalkan zikir sepanjang proses penggambaran.

“Setiap hari saya amalkan zikir memohon perlindungan dari Allah. Bukan sahaja ketika di set malah ketika di luar waktu kerja juga, zikir menjadi amalan harian,” katanya.

Lakonan Namron memegang watak bomoh pengamal ilmu hitam yang penuh misteri dapat ditonton bermula 12 September di seluruh pawagam tanah air.

Selain Namron, filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap itu turut menampilkan pelakon lain seperti Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nadiah M. Din dan Nadia Aqilah.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Apr 2019

Thalia Rasul Bakal Bercerai Kali Kedua

Jujurnya, hubungan kami masih berjalan seperti biasa namun mungkin saya perlu terima ketetapan bahawa kami lebih sesuai menjadi sahabat. Kami berpisah secara baik. 

Events Tue, 12 Feb 2019

Learning New Skills With Your Loved One Will Be Sure to Strengthen Bond

Here are a few workshops you can join with your partner.

Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Events Tue, 8 Jan 2019

Our Sanrio Times Exhibition Extended til February!

There’s more time for family fun.

Featured Sat, 13 May 2023